Permohonan Ke Tahun 1 Ambilan Tahun 2020 dan 2021 telah dibuka pada 1 Mac 2019 hingga 30 April 2019. Permohonan atas talian terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia ( Semenanjung Malaysia Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan ).

Bagi ibu bapa yang mempunya anak yang lahir pada tahun berikut :

1. 2013 dan kini berumur 6 tahun pada tahun 2019

2. 2014 dan kini berumur 5 tahun pada tahun 2019

3. Yang lahir pada 01.01.2015 ( berumur 4 tahun pada 01.01.2019 )

Ibu bapa boleh mendaftarkan anak anak ke Tahun Satu secara Online di link https://public.moe.gov.my

Langkah - langkah :

1. Buka laman sesawang https://public.moe.gov.my

2. Isi butiran lengkap. Login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan. Klik pada "Pendaftaran Tahun Satu" dan isi maklumat lengkap

3. Print. Perlu cetak borang yang telah siap diisi dan perlu dihantar ke pihak sekolah bersama - sama dokumen yang diperlukan.