• TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH

MUZIUM ALOR GAJAH

Muzium Alor Gajah terletak di Dataran Alor Gajah, Melaka dan bersebelahan dengan Tugu Keris Majlis Perbandaran Alor Gajah. Untuk ke sini jika dari Bandaraya Melaka adalah kira-kira 25km. Senibina tradisional Rumah Melayu menjadi identiti utama muzium ini. Bayaran untuk memasuki muzium ini adalah seperti berikut :

Rabu – Aahd : 9.00 am – 5.30 pm.
Jumaat : 9.00 am – 12.15 pm & 2.45 pm – 5.30 pm.

Bayaran :
Dewasa : RM 1.00
Kanak-kanak : RM 0.50


BATU MEGALITH

 

Batu Megalith dipercayai merupakan kubur nenek moyang penduduk daerah Alor Gajah, Melaka. Terdapat hampir seratus kawasan pusara purba di sini yang dikenali sebagai "Megalith Datuk Tua". Salah satu kawasan purba yang telah dikenalpasti ialah di Kampung Cherana Putih, Taboh Naning Alor Gajah, Melaka. Batu ini dipercayai hidup dan membesar dan berkelip apabila disuluh cahaya pada waktu malam.

 

MAKAM DATO' DOL SAID

 

Dato' Abdul Said bin Omar, atau Dol Said (1773 - 1849), ialah Penghulu Naning yang kesembilan Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan beliau seorang wira yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka. Daripada suku Semelenggang, Dol Said mewarisi Penghulu Anjak sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 ketika hanya berumur 26 tahun. Dol Said meninggal dunia pada 1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning bersebelahan Masjid Dato' Dol Said, Taboh Naning.

 

 *Rujukan - Pelancongan Alor Gajah