Anak-anak buat apa hujung minggu?
Jom datang ke NADI Taman Lendu Bakti!
Anak-anak boleh membaca buku di rak maya dan boleh terus mengisi borang NILAM secara atas talian terutama anak-anak SK LENDU 
Kami akan membimbing anak-anak untuk membuka link rak maya yang diberi dan mengisi borang NILAM murid.
Di sini kami sediakan kemudahan komputer/internet dan tempat yang selesa untuk anak-anak membaca.
Jom dtg beramai-ramai..
- Waktu Operasi: 9:00 pagi - 6:00 petang
- Buka setiap hari kecuali cuti umum
 
448792296_882119260627281_6595355194912013205_n.jpg 448886202_882119320627275_614698114981926306_n.jpg
448834243_882119360627271_1856636000343256477_n.jpg 448854666_882119417293932_2566321365925001811_n.jpg
 
Pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 telah dibuka mulai 2 Mei 2024 hingga 30 Jun 2024 bagi anak-anak yang lahir 2 Januari 2018 - 1 Januari 2019
 
Kepada ibu/bapa yang ingin mendaftarkan anak boleh dtg ke NADI Taman Lendu Bakti (Pusat Internet Komuniti).
Kami menyediakan kemudahan komputer, printing dan juga fotostat.
Sila bawa maklumat yang lengkap dan kami akan bantu sepanjang proses pendaftaran
 
441550766_858070133032194_3167465991740133523_n.jpg
Program ini merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian Dana sehingga RM100 ribu kepada komuniti yang layak.
OBJEKTIF
β€’ Memperkasa aktiviti ekonomi komuniti serta meningkatkan pendapatan setempat; dan
β€’ Memberi manfaat kepada seluruh komuniti menerusi pelaksanaan program yang bersesuaian dengan keperluan sebenar masyarakat.
 
SEKTOR TUMPUAN
Lima sektor tumpuan yang telah ditetapkan iaitu:
1. Pertanian dan Makanan
2. Jahitan dan Kraf Tangan
3. Herba dan Kesihatan
4. Pelancongan dan Hospitaliti
5. Aktiviti Hijau dan Kitar Semula 
 
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Komuniti yang LAYAK memohon
1. Jawatankuasa Pembangunan dan
Keselamatan Kampung (JPKK)/ Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK);
2. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP);
3. Komuniti Rumah Panjang;
4. Komuniti Kampung Orang Asli;
5. Komuniti Kampung yang mendapat
pengesahan daripada Pejabat Daerah/ Pejabat Residen atau Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) atau agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) atau Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN); dan
6. Persatuan Penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan status pendaftaran yang masih aktif.
 
Permohonan SejaTi MADANI akan dibuka bermula 25 Mac 2024 sehingga 30 September 2024.
πŸ“ Untuk permohonan sila tekan link di bawah πŸ‘‡
 
438129530_850782663760941_6579263334592589622_n.jpg 440853914_850782697094271_8810774375977112185_n.jpg
438119229_850782750427599_2845545656054682699_n.jpg
438171136_850782780427596_4263158220015646108_n.jpg
 
Jom sertai Kelas Asas Mengait (Crochet)
Ramai bertanya, kelas asas mengait tu sesuai ke untuk yang langsung tak tahu asas mengait?
InshaaAllah, kelas ini sangat sesuai untuk yang β€˜ZERO’, baru nak mengenal asas mengait.
Dalam kelas ni kita mengait santai je 
Santai2 dapat cover ilmu :
- Skill pegang jarum yang betul
- Skill ikatan mula mengait
- Skill memilih benang yang betul
  • 1) Peralatan mengait disediakan 
2) Yuran Kelas RM20.00 sahaja
 
Jom daftar!
- Tarikh: 26 Mei 2024 (Ahad)
- Masa : 10.00 Pagi - 1.00 petang
- Pendaftaran: https://wa.link/42ae95
- Tempat: NADI Taman Lendu Bakti (Pusat Internet Komuniti/PEDi) Link: https://maps.app.goo.gl/XExrMJQLQNuF4zEv8
Sesiapa yang berminat wasap kita tau, jangan segan silu 😘