Siapakah belia?
Menurut Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia dalam kertas kerja “Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara” (1995), belia ialah orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun tetapi menurut Kementerian Belia dan Sukan dalam “Draf Kajian Semula Dasar Belia Negara” mentakrifkan belia sebagai “mereka yang berumur antara 15 hingga 25 tahun.”
Belia Harapan Bangsa
Belia sebagai pemangkin transformasi negara menjadi harapan bangsa. Belia bukan sahaja penting dalam populasi negara, tetapi juga dari aspek ekonomi dan politik negara kita. Generasi Belia di Malaysia melebihi 11.9 juta mewakili pelbagai peringkat umur di antara 15 hingga 40 tahun iaitu lebih daripada 50 peratus di negara ini maka perananan belia amat penting demi transformasi negara ke arah yang lebih maju.
Berikutan dengan tahun baru 2016 ini, pembentangan bajet 2016 memperuntukkan untuk Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM930 juta untuk meningkatkan aktiviti pembangunan untuk belia . Berikut merupakan berita penuh bagi Bajet Belia 2016.