Nama

: Pn Noraliza

Umur

: 40 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Merupakan seorang pendidik yang berkhidmat di sekolah rendah di sekitar Alor Gajah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hanya mahir dalam menerangkan pembelajaran secara manual dan amali kerana tidak pernah didedahkan dengan pembelajaran atas talian / digital

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini lebih mahir dalam membuat video/ rakaman pembelajaran menggunakan aplikasi Bandicam dengan menerangkan slide presentation berssrta dengan rakaman muka sekaligus.

Nama

: Puan Nur Rassyiba Naswin

Umur

: 30 tahun

Ahli

: 2020

Latar belakang

Puan Nur Rassyiba Naswin merupakan suri rumah sepenuh masa selepas berhenti kerja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 sahaja sebulan dan pelanggan adalah daripada kalangan jiran-jiran, kawan-kawan atau saudara mara dan penduduk kampung sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Lendu Bakti, beliau kini telah memiliki laman facebook yang dikenali sebagai Anurra Azman yang dapat mempromosikan produk beliau dengan lebih luas lagi. Beliau telah mempunyai pelanggan dari seluruh negeri dan pendapatan beliau kini mencecah RM5000 sebulan.

Nama

: Cik Nurul Syahirah

Umur

: 23 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Cik Nurul Syahirah merupakan seorang pelajar di salah sebuah Universiti di Melaka dan juga menjalankan perniagaan di rumah untuk memperolehi pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM150 sahaja sebulan dan pelanggan adalah daripada kalangan jiran-jiran, kawan-kawan atau saudara mara dan penduduk taman sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas Pusat Internet telah memberikan Cik Nurul Syahirah cadangan supaya membuka akaun  perniagaannya dan cuba menjual produk tersebut di Facebook. Beliau giat menjual pelbagai jenis wangian untuk kegunaan ruang dalaman rumah dan juga sesuai digunakan ke atas fabrik. Setelah menceburi bidang perniagaan online, Cik Nurul Syahirah mendapat banyak tempahan dari pelbagai tempat dan pendapatan mencecah RM500 lebih.

 

Nama

: Mirzatul Ayuni

Umur

: 10 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Mirzatul Ayuni merupakan seorang murid tahun 4 yang mendaftar sebagai ahli pusat internet dan mengikuti kelas pembelajaran komputer di Pusat Internet Taman Lendu Bakti bersama abangnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dia kurang mahir menggunakan keyboard dan mouse

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Lendu Bakti, dia telah pandai menaip dan membuat latihan yang diberikan menggunakan Microsoft Word.

Nama

: Muhammad Nursaidin

Umur

: 18 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Nursaidin adalah pengunjung tetap Pusat Internet yang kini menduduki tingkatan 5 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Belau gemar mengunjungi Pusat Internet untuk mendengar lagu kegemarannya serta muat turun lirik dan mencetaknya untuk koleksi bacaannya kemudian. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengetahui bahawa Pusat Internet juga memberikan kelas ICT dengan cara membuat video ringkas animasi dan sebagainya, Nursaidin juga berminat untuk mempelajari teknik membuat video dengan lebih profesional menggunakan perisian SONY Vegas.