Melaka merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan sejarah yang bertamadun. Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri Melaka telah meningkatkan sosio ekonomi daripada sektor pelancongan dengan menyediakan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi oleh para pelancong.  Bagi sektor pelancongan di daerah Alor Gajah, terdapat beberapa tempat menarik yang perlu dikunjungi antaranya adalah :

 PELANCONGAN DI ALOR GAJAH
  • REKREASI

GADEK HOT SPRING

 

Lokasi ini terletak di antara Jalan Utama Alor Gajah - Tampin manakala jika daripada Pusat Bandaraya Melaka lebih kurang 30km jaraknya. Air Panas Gadek ini beroperasi selama 24jam dan dibuka setiap hari. Bagi sesiapa yang berminat, bayaran setiap kemasukan adalah seperti berikut :

 

DATARAN ALOR GAJAH

Dataran Alor Gajah tetap menjadi tumpuan dan keutamaan orang ramai datang untuk beristirehat terutamanya pada hujung minggu dan waktu petang serta sering menjadi tumpuan untuk majlis-majlis rasmi dan program-program kemasyarakatan. Pelbagai kemudahan turut disediakan bagi kemudahan pengunjung, diantaranya adalah Pentas Terbuka, Bilik Persalinan, Taman Permainan Kanak-Kanak, Gerai, Tandas Awam.

 

A FAMOSA RESORT

 

A Famosa menyediakan tempat rekreasi Taman Tema Air, Safari dan Old West yang mana sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga dan orang tersayang.  Selain itu, A Famosa juga menyediakan kemudahan penginapan mengikut jenis-jenis bilik yang ada. Bayaran masuk bagi taman tema adalah seperti berikut :