Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan

Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD

Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh

Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks

Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan

Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

Terdapat beberapa kemudahan kesihatan di daerah Alor Gajah iaitu hospital dan klinik-klinik kerajaan dan swasta untuk pesakit yang memerlukan. Berikut merupakan senarai hospital dan klinik yang ada di daerah Alor Gajah.

HOSPITAL ALOR GAJAH

Alamat & No. Tel :

Hospital Alor Gajah, Melaka, 78000 Alor Gajah, Malaysia
+60 6-556 2333
 
 
SENARAI KLINIK KESIHATAN DAERAH ALOR GAJAH  
Bil Klinik Alamat  No. Tel
1 Klinik Kesihatan Alor Gajah Alor Gajah, 78000 Melaka +606 556 6235
2
Klinik Kesihatan Alor Gajah
(Jabatan Pesakit Luar)
Alor Gajah, 78000 Melaka +606 556 2333
3 Klinik Kesihatan Masjid Tanah Masjid Tanah, 78300 Melaka +606 384 2533
4 Klinik Kesihatan Machap Baru Alor Gajah, 78000 Melaka +606 525 2333
5 Klinik Kesihatan Padang Alor Gajah, 78000 Melaka +606 554 7932
6 Klinik Kesihatan Lubok China

Lubok China, 78100 Melaka

+606 696 6475
7 Klinik Kesihatan Kuala Sg. Baru Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka +606 387 6333
8 Klinik Kesihatan Simpang Ampat Simpang Ampat, Alor Gajah 78000 Melaka +606 552 9497
9 Klinik Desa Melekek Melekek, Alor Gajah, 78000 Melaka +606 552 9419
10 Klinik Kesihatan Hutan Percha Alor Gajah, 78000 Melaka +606 554 8224

 

Di sekitar Lendu pula, terdapat kemudahan kesihatan yang berhampiran iaitu Klinik Desa Lendu dan Klinik 1 Malaysia Lendu, Alor Gajah. Waktu operasi bagi Klinik Desa Lendu adalah daripada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang manakala Klinik 1 Malaysia Lendu pula adalah daripada pukul 10.00 pagi sehingga pukul 10.00 malam. Penduduk setempat boleh menerima nasihat kesihatan dan rawatan sakit ringan di kedua-dua klinik ini. Rawatan di Klinik 1 Malaysia di caj hanyalah sebanyak RM1 untuk warganegara dan RM15 untuk bukan warganegara.

KLINIK DESA LENDU

Alamat & No. Tel :

Klinik Desa Lendu, 78000 Alor Gajah, Melaka
+06-5563172
 

KLINIK 1 MALAYSIA LENDU, ALOR GAJAH

Alamat & No. Tel :

K1M LENDU Taman Intekma, Jalan Lendu, 7800, Alor Gajah, Melaka
+06-5560223

 

*Rujukan - Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia ; Laman Web Rasmi Melaka Bebas Asap Rokok - Bahagian Hospital