Melaka merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan sejarah yang bertamadun. Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri Melaka telah meningkatkan sosio ekonomi daripada sektor pelancongan dengan menyediakan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi oleh para pelancong. Bagi sektor pelancongan di daerah Alor Gajah, terdapat beberapa tempat menarik yang perlu dikunjungi antaranya adalah :
PELANCONGAN DI ALOR GAJAH |
- REKREASI
GADEK HOT SPRING
Lokasi ini terletak di antara Jalan Utama Alor Gajah - Tampin manakala jika daripada Pusat Bandaraya Melaka lebih kurang 30km jaraknya. Air Panas Gadek ini beroperasi selama 24jam dan dibuka setiap hari. Bagi sesiapa yang berminat, bayaran setiap kemasukan adalah seperti berikut :
DATARAN ALOR GAJAH
Dataran Alor Gajah tetap menjadi tumpuan dan keutamaan orang ramai datang untuk beristirehat terutamanya pada hujung minggu dan waktu petang serta sering menjadi tumpuan untuk majlis-majlis rasmi dan program-program kemasyarakatan. Pelbagai kemudahan turut disediakan bagi kemudahan pengunjung, diantaranya adalah Pentas Terbuka, Bilik Persalinan, Taman Permainan Kanak-Kanak, Gerai, Tandas Awam.
A FAMOSA RESORT
A Famosa menyediakan tempat rekreasi Taman Tema Air, Safari dan Old West yang mana sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga dan orang tersayang. Selain itu, A Famosa juga menyediakan kemudahan penginapan mengikut jenis-jenis bilik yang ada. Bayaran masuk bagi taman tema adalah seperti berikut :
- EKO PELANCONGAN
KOLAM AIR PANAS CHERANA PUTIH
Lokasi Cherana Putih terletak berdekatan dengan Taboh Naning dan ia di dibuka setiap hari dan bayaran yang dikenakan bagi setiap pengunjung adalah seperti berikut :
Hari Biasa (Isnin-Jumaat) - RM 5 (Dewasa)
RM 2.50 (Kanak-kanak)
Hari Minggu (Sabtu dan Ahad- RM 6 (Dewasa)
RM 3 (Kanak-kanak)
- TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH
MUZIUM ALOR GAJAH
Muzium Alor Gajah terletak di Dataran Alor Gajah, Melaka dan bersebelahan dengan Tugu Keris Majlis Perbandaran Alor Gajah. Untuk ke sini jika dari Bandaraya Melaka adalah kira-kira 25km. Senibina tradisional Rumah Melayu menjadi identiti utama muzium ini. Bayaran untuk memasuki muzium ini adalah seperti berikut :
Rabu – Aahd : 9.00 am – 5.30 pm.
Jumaat : 9.00 am – 12.15 pm & 2.45 pm – 5.30 pm.
Bayaran :
Dewasa : RM 1.00
Kanak-kanak : RM 0.50
BATU MEGALITH
Batu Megalith dipercayai merupakan kubur nenek moyang penduduk daerah Alor Gajah, Melaka. Terdapat hampir seratus kawasan pusara purba di sini yang dikenali sebagai "Megalith Datuk Tua". Salah satu kawasan purba yang telah dikenalpasti ialah di Kampung Cherana Putih, Taboh Naning Alor Gajah, Melaka. Batu ini dipercayai hidup dan membesar dan berkelip apabila disuluh cahaya pada waktu malam.
MAKAM DATO' DOL SAID
Dato' Abdul Said bin Omar, atau Dol Said (1773 - 1849), ialah Penghulu Naning yang kesembilan Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan beliau seorang wira yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka. Daripada suku Semelenggang, Dol Said mewarisi Penghulu Anjak sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 ketika hanya berumur 26 tahun. Dol Said meninggal dunia pada 1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning bersebelahan Masjid Dato' Dol Said, Taboh Naning.
*Rujukan - Pelancongan Alor Gajah