Pusat Internet Taman Lendu Bakti berbesar hati untuk mempelawa individu yang berumur 18 Tahun untuk menjawab kaji selidik dari CFM.
Berikut adalah link untuk menjawab kaji selidik tersebut :
Tarikh tutup kaji selidik adalah pada 31 Disember 2019
Apa itu CFM?
CFM antara lain ditugaskan untuk menyediakan Kod pengguna yang akan digunakan sebagai garis panduan asas oleh pembekal perkhidmatan komunikasi dan multimedia dalam menyediakan perkhidmatan masing-masing
Objektif dan fungsi CFM adalah seperti berikut:
- Untuk mempromosikan objektif dasar negara sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM)
- Untuk merangka, menggubal dan menyediakan kod yang melindungi hak pengguna menurut peruntukan AKM dan untuk meminda, menggubal, mengubahsuai dan mengemaskinikan Kod dari masa ke masa
- Untuk melibatkan diri dan menjalankan penyelidikan mengenai perkara dalam bidang kuasa forum, untuk mengumpul, menyedia dan mengedarkan statistik yang boleh dianggap perlu atau memberi manfaat kepada
kesemua atau mana - mana objektif atau tujuan forum.
- Untuk menyediakan jalan dan saluran untuk mengemukakan aduan, pertikaian dan rungutan.
- Untuk mengesyorkan prosedur penyelesaian pertikaian alternatif yang praktikal dan tidak mahal.
- Untuk mengesyorkan prosedur menuntut pampasan dan / atau sebarang bentuk tindakan lain kepada pengguna dalam kes melanggar kod.
- Untuk meminta dan mengumpul semak pendapat dan pandangan umum tentang perkara berkaitan pengguna, untuk menanam dan meningkatkan kesedaran orang ramai dan industri terhadap KOd dan keperluan
bagi pemegang lesen dan ahli CFM mematuhi Kod, dan untuk menyediakan saluran bagi menyebarkan maklumat kepada orang ramai dan juga pendidikam berkaitan hak pengguna, peraturan dan teknologi untuk
pengguna.
- Untuk mengambil tindakan ke atas ahli CFM yang melanggar Kod
- Untuk memantau penyampaian perkhidmatan oleh industri dan multimedia yang membabitkan kepentingan pengguna bagi memastikan pematuhan kepada kod
- Untuk meningkatkan keyakinan pengguna dengan mempromosikan dan menggalakkan piawaian perkhidmatam, tatalaku dan prestasi yang tinggi dalam seluruh industri komunikasi dan multimedia.
- Untuk mengemaskini maklumat yang diberikan kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) tentang kemajuan CFM
Sumber dari : cfm.my
Setinggi - tinggi TAHNIAH
kepada
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Bin Yaakob
Gabenor Negeri Melaka
sempena Sambutan Hari Jadi Ke - 81
11 Oktober 2019
Pusat Internet Taman Lendu Bakti tidak beroperasi pada tarikh tersebut
Harap Maklum
Kami dari Pihak Pusat Internet Taman Lendu Bakti ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin khususnya kepada komuniti sekitar Taman Lendu Bakti dan amnya kepada seluruh umat islam di Malaysia. Kami menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai adalah kesalahan dan kekhilafan dari pihak kami
Komuniti sekitar Kampung Lendu dan Taman Lendu Bakti dijemput hadir ke program ini. Pelbagai aktiviti akan diadakan
Halaman 1 dari 2