Aktiviti 1. Kelas Komputer Kanak-Kanak sempena Cuti Sekolah 2020

Tarikh

14 hingga 18 Disember 2020

Lokasi

Pusat Internet Komuniti Taman Lendu Bakti

Masa

10.00 pagi – 11.00 pagi (Sesi Pagi)                            3.00 petang - 5.00 petang (Sesi Petang)

Peserta    

11 Orang

Tujuan

Untuk memberi pendedahan kepada anak-anak murid yang masih di bangku sekolah rendah khususnya mengenali perkakasan komputer dan juga aplikasi Microsoft Office (Words) dan lain-lain.

Aktiviti

Aktiviti ini telah diadakan dengan kanak-kanak yang berminat dan juga hasil kerjasama ibu bapa komuniti Taman Lendu Bakti yang ingin anak-anak mereka meluangkan masa cuti sekolah dengan lebih berfaedah. Program ini diadakan sebanyak 2 sesi pagi dan petang kerana peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan bagi mematuhi SOP PKPP dan berlaku pada setiap hari Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan DIsember. Ibu bapa juga diberikan pencerahan tentang aktiviti dan servis lain yang disediakan di Pusat Internet serta kelebihan menjadi ahli. (Sila klik pautan di bawah untuk melihat galeri foto sepanjang latihan diadakan)

 

Galeri Foto - Kelas Komputer Kanak-Kanak sempena Cuti Sekolah 2020

 

Aktiviti 2. Kelas Online & Prog. Jana Pendapatan Bersama Usahawanita Tupperware©

Tarikh

24 Disember 2020

Lokasi

Pusat Internet Komuniti Taman Lendu Bakti

Masa

10.00 pagi – 1.00 petang

Peserta

5 Orang

Tujuan

Untuk memberi pendedahan kepada usahawanita mengemaskini jualan dan profil akaun dengan menggunakan komputer sambil mempromosikan barangan untuk jualan dan peluang perniagaan.

Aktiviti

Aktiviti ini telah diadakan dengan beberapa ahli Tupperware yang ingin berkongsi idea dalam strategi perniagaan, cara pengiklanan berkesan menggunakan laman sosial media dan juga menyelenggarakan akaun jualan individu dengan lebih jelas menggunakan komputer. (Sila klik pautan di bawah untuk melihat galeri foto sepanjang latihan diadakan)

 

Galeri Foto - Kelas Online & Proogram Jana Pendapatan bersama Usahawanita Tupperware