Aktiviti 1. Tutorial Menggunakan Perisian Bandicam di PC

Tarikh

23 Januari 2021

Lokasi

Pusat Internet Komuniti Taman Lendu Bakti

Masa

(3.00-5.00 petang)

Peserta    

2 Orang

Tujuan

Kini rata-rata golongan guru dan juga pelajar sedang cuba menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran online. Guru perlu mengetahui cara untuk merakam video yang disunting menarik buat tontonan pelajar belajar online di rumah.

Aktiviti

Aktiviti ini telah diadakan dengan peserta yang juga merupakan seorang pendidik yang ingin belajar teknik merakam video dan pada masa yang sama muka guru juga terpapar di skrin supaya pelajar lebih berminat dan pemebelajaran yang lebih intuitif.

 

Galeri Foto Tutorial Menggunakan Bandicam

 

Aktiviti 2. Tutorial Memuatturun Aplikasi Meet dan Zoom bersama Usahawanita AGCera©

Tarikh

19 Januari 2021

Lokasi

Pusat Internet Komuniti Taman Lendu Bakti

Masa

(10.00 pagi-12.00 tengah hari)

Peserta    

3 Orang

Tujuan

Usahawanita AGCera mendapati tentang kepentingan melancarkan mesyuarat secara atas talian yang dapat menjimatkan banyak masa ahli selain dapat mengekalkan jarak sosial yang selamat tanpa berkumpul beramai ramai.

Aktiviti

Aktiviti ini telah dilakukan secara santai dan berbentuk latih tubi sehingga dapat memberi panduan kepada usahawanita AGCera yang rata-ratanya terdiri dalam kategori warga emas memuat turun aplikasi ZOOM dan Meet di dalam telefon pintar masing-masing

 

Galeri Foto Tutorial Memuatturun Aplikasi Meet dan Zoom bersama Usahawanita AGCera