Aktiviti 1. Kelas e-Tuisyen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Tarikh | : 3 September 2022 |
Masa | : BM (9:30pg - 10:30pg), BI (10:45 - 11:45) |
Lokasi | : PEDi Taman Lendu Bakti |
Peserta | : 1 Peserta di PEDi, 2 Peserta di rumah masing-masing |
Tujuan
Memberikan peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pembelajaran tambahan secara atas talian.
Aktiviti
3 orang pelajar menyertai kelas E-Tuisyen ini dengan seorang iaitu adik Mohamad Hafiy Syahmi menghadiri kelas tersebut di PEDi dan dua orang lagi menjalani kelas di rumah masing-masing.
Galeri Foto Kelas e-Tuisyen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Aktivi 2. Kelas e-Tuisyen Sains, Matematik dan Mandarin
Tarikh | : 4 September 2022 |
Masa | : SN (9:30pg - 10:30pg), MT (10:45pg - 11:45pg), MD (3:30ptg - 4:30ptg) |
Lokasi | : PEDi Taman Lendu Bakti |
Peserta | : 3 Orang peserta |
Tujuan
Memberikan peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pembelajaran tambahan secara atas talian.
Aktiviti
Adik Mohamad Hafiy Syahmi & adik Fatin Maisarah murid Tahun 5 sedang mengikuti kelas e-Tuisyen Sains dan Matematik di PEDi Taman Lendu Bakti manakala adik Emeldia Natasya pelajar Ting.1 mengikut kelas Mandarin hari ni bersama PEDi E-Tuisyen.
Galeri Foto e-Tuisyen Sains, Matematik dan Madarin
Aktivi 3. Kuiz Kemerdekaan (Kahoot) dan Kelas Komputer bersama murid Tahun 5 Umar Al-Khattab Program Sinar Permata SK Lendu.
Tarikh | : 4 September 2022 |
Masa | : 10:00pg - 12:00pg |
Lokasi | : PEDi Taman Lendu Bakti |
Peserta | : 15 Orang |
Tujuan
Sebagai salah satu usaha menyemarakkan lagi Hari Kemerdekaan kepada pada pelajar.
Aktiviti
Para pelajar akan diajar untuk berdaftar terlebih dahulu dalam aplikasi Kahoot dan diberi sedikit penerangan. Soalan kuiz di Kahoot disediakan sendiri oleh petugas PEDi. Para pelajar diberikan hadiah untuk sesiapa yang mendapat markah ketiga tertinggi.
Aktivi 4. Program Keusahawanan Wanita - Kelas Asas Membuat Roti
Tarikh | : 10 September 2022 |
Masa | : 10:00pg - 12:30tgh |
Lokasi | : PEDi Taman Lendu Bakti |
Peserta | : 15 Orang |
Tujuan
Berkongsi pengalaman dan cara-cara membuat roti dengan betul kepada komuniti setempat.
Aktiviti
Komuniti setempat bersama tenaga pengajar memberikan kerjasama dalam pembelajaran membuat roti dengan betul. Alat kelengkapan membuat roti juga dibawa bersama dan digunakan. Para komuniti berjaya menyiapkan roti dengan baik sekali.
Galeri Foto Program Keusahawanan Wanita - Kelas Asas Membuat Roti
Aktivi 5. Sesi Taklimat Klik dengan Bijak bersama murid-murid tahap 2 di SK Belimbing Dalam
Tarikh | : 13 September 2022 |
Masa | : 8:00pg - 12.30tgh |
Lokasi | : SK Belimbing Dalam |
Peserta | : Wakil Pengajar dan Murid-murid SK Belimbing Dalam |
Tujuan
Memberikan pendedahan dan penerangan kepada murid-murid SK Belimbing Dalam tentang kepentingan menggunakan Internet.
Aktiviti
Wakil-wakil PEDi di sekitar Melaka bersama berkongsi penerangan kepentingan menggunakan Internet dengan SK Belimbing Dalam. Pihak SK Belimbing Dalam juga memberikan kerjasama yang baik.
Galeri Foto Sesi Taklimat Klik dengan Bijak bersama murid-murid tahap 2 di SK Belimbing Dalam
Aktivi 6. Sesi Taklimat Klik dengan Bijak bersama murid-murid tahap 2 (darjah 4, 5 & 6) di SJK (T) Alor Gajah oleh team PEDi Alor Gajah, Melaka.
Tarikh | : 21 September 2022 |
Masa | : 9:00pg |
Lokasi | : SJK (T) Alor Gajah |
Peserta | : murid-murid tahap 2 (darjah 4, 5 & 6) di SJK (T) Alor Gajah |
Tujuan
Memberikan pendedahan awal tentang kepentingan Internet dan keguanaannya.
Aktiviti
Wakil-wakil PEDi di sekitar Alor Gajah mengadakan kerjasama bersama pihak SJK (T) Alor Gajah untuk memberikan pendedahan awal kepada murid-murid tentang kepentingan Internet. Risalah kertas juga diedarkan bagi memberikan penjelasan lanjut kepada murid-murid tentang isi program. Beberapa sesi soal jawab juga tururt diadakan.
Aktivi 7. Penyampaian Hadiah Kuiz Kahoot Merdeka kepada adik-adik Tahun 5 Program Sinar Permata SK Lendu dan Kelas pembelajaran Komputer
Tarikh | : 25 September 2022 |
Masa | : 10:00pg - 12:00pg |
Lokasi | : PEDi Taman Lendu Bakti |
Peserta | : Murid-murid SK Lendu |
Tujuan
Memberikan pendedahan awal berkenaan penggunaan komputer serta galakkan terhadap minat menggunakan komputer.
Aktiviti
Murid-murid SK Lendu dipilih sendiri oleh pihak sekolah untuk mengikuti Program ini. Mereka terlebih dahulu diberi pendedahan asas penggunaan komputer. Kerjasama serta pencapaian murid-murid dalam Kuiz Kahoot Kemerdekaan bulan lepas diberi penghargaan berupa hadiah kepada para pemenang.