Aktiviti 1. Lawatan dan kunjungan dari pihak UiTM Lendu untuk persiapan Program Keusahawanan (Shopee & Perakaunan)

 Tarikh : 4 Oktober 2022
 Masa : 10:00 pagi
 Lokasi : PEDi Taman Lendu Bakti
 Peserta : Tenaga Penganjur daripada UiTM Lendu

Tujuan

Bagi memastikan segala persiapan telah disediakan untuk Program Keusahawanan (Shopee & Perakaunan).

Aktiviti

Para petugas PEDi termasuk Rakan Digital bersama-sama pihak penganjur daripada UiTM Lendu menyiapkan segala kelengkapan yang akan digunakan untuk Program Keusahawanan (Shopee & Perakaunan).

Mereka juga bersama berbincang tentang kelancaran program yang bakal diadakan. 

Galeri Foto Lawatan dan kunjungan dari pihak UiTM Lendu

 

Aktiviti 2. Sesi Taklimat Klik dengan Bijak bersama murid-murid tahap 2 (darjah 4, 5 & 6) di SJK (T) Durian Tunggal

Tarikh : 6 Oktober 2022
Masa : 9:00 pagi - 12:30 tengah hari
Lokasi : SJK (T) Durian Tunggal
Peserta : Murid-murid SJK (T) Durian Tunggal

Tujuan

Memberikan pendedahan dan penerangan kepada murid-murid SJK (T) Durian Tunggal tentang kepentingan menggunakan Internet.

Aktiviti

Wakil-wakil PEDi di sekitar Melaka bersama berkongsi penerangan kepentingan menggunakan Internet dengan SJK (T) Durian Tunggal. Pihak  SJK (T) Durian Tunggal juga memberikan kerjasama yang baik.

Galeri Foto Sesi Taklimat Klik dengan Bijak bersama murid-murid tahap 2 (darjah 4, 5 & 6) di SJK (T) Durian Tunggal

 

Aktiviti 3. Program kerjasama PEDi Taman Lendu Bakti & UiTM Lendu

Tarikh : 8 Oktober 2022
Masa  : 9:00 pagi - 12:30 tengah hari
Lokasi : PEDi Taman Lendu Bakti
Peserta : Komuniti Setempat Taman Lendu Bakti

Tujuan

Sebuah Program kerjasama bersama Money Laundering Research Group UiTM Lendu tentang Kelas Shopee & Perakaunan.

Aktiviti

Wakil-wakil PEDi sekitar Alor Gajah bersama Tenaga Pengajar UiTM Lendu menganjurkan program bersama komuniti Taman Lendu Bakti berkaitan peraukanan dan Kelas Shopee. Komuniti juga dibekalkan dengan Modul, Kalkulator dan beberapa cenderahati. 

Galeri Foto Program kerjasama PEDi Taman Lendu Bakti & UiTM Lendu

 

 

Aktiviti 4. Taklimat Klik Dengan Bijak bersama Murid-murid Program Sinar Permata SK Lendu

Tarikh : 15 Oktober 2022
Masa : 9:00 pagi - 12:00 pagi
Lokasi : PEDi Taman Lendu Bakti
Peserta : Murid-murid Program Sinar Permata SK Lendu

Tujuan

Memberikan kesedaran berkenaan cabaran di alam maya.

Aktiviti

Murid-murid Program Sinar Permata SK Lendu diberikan taklimat tentang bahaya dan cabran di alam maya. Semasa taklimat diadakan, beberapa soalan diajukan untuk melihat kefahaman murid-murid. Aktiviti Word Searching juga turut diadakan di mana mereka dibahagi kepada tiga kumpulan.

Galeri Foto Taklimat Klik Dengan Bijak bersama Murid-murid Program Sinar Permata SK Lendu