CELIK IT - NURUL AIDA BINTI MD DAN

Nama

Nurul Aida Bt Md Dan

Umur

17 tahun

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. Telefon

016-7943234

Alamat

LD 521, Jalan Lendu Bakti 5, Taman Lendu Bakti, 78000 Alor Gajah, Melaka.

Tahun menjadi Ahli PI1M

2015

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Nurul Aida merupakan pelajar tingkatan 5 dan beliau mempunyai banyak tugasan yang diberikan oleh guru di sekolah yang memerlukan penggunaan komputer. Oleh itu beliau datang ke PI1M Taman Lendu Bakti untuk belajar komputer dan menguasai penggunaan Microsoft office. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau perlu meminta bantuan rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan yang memerlukan penggunaan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Taman Lendu Bakti, beliau kini telah dapat menguasai penggunaan Microsoft Office (Word, Excel & Powerpoint) dan dapat menyiapkan tugasan sekolah dengan mudah dan pantas.

Antara tugasan yang berjaya dihasilkan

 

 

 USAHAWAN 1 - AL DINNUL FIRDAUSI BINTI MOHAMAD IBRAHIM

Nama

Al Dinnul Firdausi Bt Mohamad Ibrahim

Umur

36 tahun

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. Telefon

01126353488

Alamat

1-4, Kuarters Tenaga Pengajar, KKTM Masjid Tanah, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Tahun menjadi Ahli PI1M

2017

 

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Beliau merupakan ibu tunggal yang bercerai hidup dengan suami dan terpaksa membesarkan dua orang anak yang masih kecil. Selain kerja beliau sebagai pensyarah di kolej kemahiran tinggi mara, beliau juga menjalankan perniagaan bersama Mary Kay sebagai perunding kecantikan. Kegigihan beliau untuk berjaya tanpa suami di sisi telah mendorong beliau untuk mengikuti kelas latihan keusahawanan di PI1M.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau tidak dapat mempromosikan jualan dan perkhidmatan beliau secara meluas kerana kurangnya ilmu keusahawanan yang melibatkan penggunaan komputer dan aplikasi dalam talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Taman Lendu Bakti, beliau kini telah berjaya mengutip jualan tertinggi setiap bulan dan beliau juga berpeluang mengadakan bengkel kecantikan di PI1M sekitar Alor Gajah dan Masjid Tanah.

 

 

USAHAWAN 2 - ROSMAWATI BINTI TAIB

Nama

Rosmawati binti Mohd Taib

Umur

38 tahun

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. Telefon

017-2132430

Alamat

No. LD 467, Taman Lendu Bakti,

78000 Alor Gajah, Melaka

Tahun menjadi Ahli PI1M

2017

 

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Ayam Tempayan Marvelous A.G adalah nama perniagaan yang dijalankan oleh Puan Rosmawati. Beliau merupakan seorang ibu kepada 4 orang anak. Beliau menjalankan perniagaannya di Taman Sri Sutera Alor Gajah. Perniagaan ayam tempayannya ini telah dijalankan dalam tempoh 4 bulan ini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini produk ayam tempayan beliau hanya dikenali di sekitar taman di Lendu dan juga sekitar taman di Alor Gajah sahaja. Beliau juga mendapati sukar dan terhad bagi beliau untuk mempromosikan produk perniagaannya secara lisan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah hadir ke Pusat Internet 1 Malaysia, beliau menghadiri kelas latihan keusahawanan secara percuma di sini. Dengan mempelajari asas-asas perniagaan seperti Microsoft Office dan Internet, beliau telah membuka akaun Facebook page bagi perniagaan yang beliau jalankan bagi membesarkan lagi skala promosi perniagaannya. Melalui internet dan kemudahan sosial yang beliau telah pelajari, beliau telah mendapat tempahan yang memberangsangkan daripada komuniti dari luar kawasan dan secara tidak langsung, pendapatan beliau juga semakin bertambah.

 

 

Save

Save