CELIK IT - NOOR FARA TIQA BINTI SHAHRAN

Nama

Noor Fara Tiqa binti Shahran

Umur

20 tahun

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. Telefon

011-23430692

Alamat

Batu 17 1/2, Kg. Lendu Air Hitam, 78000 Alor Gajah, Melaka

Tahun menjadi Ahli PI

2018

 

 

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Cik Noor Fara Tiqa merupakan seorang pelajar lepasan STPM. Beliau ingin menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dan memerlukan kemahiran penggunaan Microsoft Office sebagai persediaan untuk belajar nanti. Oleh itu beliau datang ke PI1M Taman Lendu Bakti untuk belajar dan menguasai penggunaan Microsoft Office.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya mempunyai pengetahuan asas dalam menggunakan perisian Microsoft Office.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Lendu Bakti, beliau kini telah dapat menguasai penggunaan Microsoft Office (Word, Excel & Powerpoint) dengan sepenuhnya dan lebih bersedia untuk menempuh alam pembelajaran nanti yang sememangnya memerlukan kemahiran komputer untuk menyiapkan sebarang tugasan.

 Antara kemahiran yang beliau belajar iaitu menggunakan Ms. Word - menaip artikel dan surat rasmi

 

USAHAWAN 1 - AISYAH BINTI JASMEE

Nama

Aisyah binti Jasmee

Umur

27 tahun

Email

dAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. Telefon

011-13303041

Alamat

No.30, Rumah Awam Lendu,78000 Alor Gajah, Melaka

Tahun menjadi Ahli PI

2015

 

 

 

 

 

 

 

Menjual perkakasan dan alat kosmetik viral berjenama DYXY Cosmetic dan membantu golongan yang inginkan pendapatan sampingan dengan membuat dropship bersama beliau.

 

Latar belakang

Aisyah merupakan salah seorang pengguna Pusat Internet yang kerap berkunjung ke PI. Beliau merupakan ibu kepada dua orang anak.  Beliau mula mencebur diri dalam bidang perniagaan bermula pada tahun 2017 sebagai agen DYXY dan bercita-cita untuk menjadi stokis dan leader di kemudian harinya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Puan Aisyah melakukan kaedah penjualan hanya secara direct-selling dan beliau juga hanya dikenali dikalangan rakan-rakan dan ahli keluarganya sahaja. Disebabkan itu, perniagaan beliau kurang mendapat perhatian dan kurang keuntungan dan permintaan daripada prospek.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Lendu Bakti, beliau telah dapat mencipta akaun page sosial Facebook untuk memasarkan lagi produknya ke kawasan luar dan secara langsung dapat meningkatkan jualan produknya. Selain itu, melalui facebook juga, beliau dapat menemui kumpulan-kumpulan facebook yang menawarkan kelas marketing secara percuma melalui whatsapp dan secara tidak langsung beliau dapat menerapkan ilmu yang dipelajari oleh beliau itu dalam perniagaannya.

 

 

USAHAWAN 2 - ZARINA BINTI BAZID

Nama

Zarina binti Bazid

Umur

49 tahun

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. Telefon

019-3304447

Alamat

No. 28, Jalan 5/1c, Bandar Tasik Kesuma, 43700 Beranang, Selangor.

Tahun menjadi Ahli PI

2017

 

 

 

 

 

 

 

Membuat jualan dan khidmat penghantaran ‘door-to-door’ bagi produk Tupperware Brands

 

Latar belakang

Puan Zarina merupakan seorang wanita yang dulunya hanya membuka kedai jahit dan juga mengajar orang menjahit seperti membuat pencil box, uncang duit, barut bayi dan sebagainya. Sebelum ini beliau tinggal di Melaka kerana mengikut suami yang bekerja di JKR Melaka. Setelah melibatkan diri dengan produk Tupperware, beliau berpindah dan menetap di Selangor. Beliau juga telah mengikuti latihan keusahawanan di PI untuk belajar cara-cara mempromosikan produk dan aktiviti yang telah beliau jalankan bersama Tupperware Brands

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau tidak dapat mempromosikan jualan dan perkhidmatan beliau secara meluas kerana kurangnya ilmu keusahawanan yang melibatkan penggunaan komputer dan aplikasi dalam talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Lendu Bakti, beliau kini telah berjaya mengutip jualan tertinggi setiap bulan dan beliau juga berpeluang mengadakan program di PI dengan aktiviti-aktiviti menarik mengikut tema seperti jom santai, jom masak dan jom cantik bersama produk Tupperware. Dengan itu secara tidak langsung beliau berjaya menarik minat komuniti luar bandar untuk membeli barangan Tupperware dan membuka peluang kepada wanita untuk menjana pendapatan seperti beliau. Beliau juga pernah dijemput oleh TV1 dalam rancangan “Tumit Tinggi”.