CELIK IT - NELA A/P PERUMAL

Nama

Nela A/P Perumal

Umur

21 tahun

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. Telefon

012-9733268

Alamat

LD 394, Jalan 10 ,Taman Lendu Bakti, 78000 Alor Gajah, Melaka

Tahun menjadi Ahli PI

2015

 

Latar belakang

Nela merupakan seorang pelajar lepasan STPM. Beliau kini belum ada pekerjaan yang tetap serta membantu ibunya dirumah sahaja dan memerlukan kemahiran penggunaan Microsoft Office sebagai persediaan untuk bekerja nanti. Oleh itu beliau datang ke PI1M Taman Lendu Bakti untuk belajar dan menguasai penggunaan Microsoft Office.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya mempunyai pengetahuan asas dalam menggunakan perisian Microsoft Office.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Lendu Bakti, beliau kini telah dapat menguasai penggunaan Microsoft Office (Word, Excel & Powerpoint) dengan sepenuhnya dan lebih bersedia untuk menempuh alam pembelajaran nanti yang sememangnya memerlukan kemahiran komputer untuk menyiapkan sebarang tugasan.

 

USAHAWAN 1 - SURIAH BINTI MAT ALI

Nama

Suriah binti Mat Ali

Umur

36 tahun

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. Telefon

017-2155021

Alamat

RM1332, Jalan 8 Taman Rembia,78000 Alor Gajah, Melaka

Tahun menjadi Ahli PI

2018

 

Menjual produk retail dan borong iaitu produk kecantikan dan perkhidmatan andaman dan makeup

 

Latar belakang

Suriah atau disenangi dengan panggilan Kak Sue memiliki hobi dalam bidang kecantikan. Beliau mula berjinak-jinak dengan hobi beliau sejak beberapa tahun yang lepas. Beliau hanya merupakan surirumah sebelum ini. Atas sebab bakat dan hobi yang mendalam dalam bidang kecantikan, beliau kini telah membuka sebuah kedai untuk menjual produk kecantikan beliau serta perkhidmatan andaman beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya akaun sosial media, beliau hanya dapat mempromosikan produk jualan dan perkhidmatan Andaman dikalangan rakan-rakan dan ahli keluarganya sahaja. Disebabkan itu, perniagaan beliau kurang mendapat perhatian dan kurang keuntungan dan permintaan daripada orang lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Lendu Bakti, beliau telah dapat mencipta akaun peribadi dan page sosial Facebook untuk memasarkan lagi produknya ke kawasan luar dan secara langsung dapat meningkatkan jualan produknya.

 

 

 

USAHAWAN 2 - ZABEDAH BINTI IDRIS

Nama

Zabedah binti Idris

Umur

57 tahun

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. Telefon

017-6474062

Alamat

LD 507, Taman Lendu Bakti, 78000 Alor Gajah, Melaka

Tahun menjadi Ahli PI

2017

 

Membuat jualan dan tempahan aiskrim Malaysia dan popia sata frozen untuk sebarang majlis/acara.

 

Latar belakang

Puan Zabedah atau dikenali sebagai Acik Za merupakan seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan Aiskrim Malaysia ini di rumah beliau sendiri  dan pembeli boleh datang terus ke rumah beliau atau pun boleh menempah aiskrim tersebut secara atas talian/whatsapp. Beliau menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga. Beliau juga menerima tempahan untuk acara/majlis antaranya majlis perkahwinan dan sebagainya. Beliau juga menjual produk frozen seperti popia sata.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau tidak dapat mempromosikan jualan dan perkhidmatan beliau secara meluas kerana kurangnya ilmu keusahawanan yang melibatkan penggunaan komputer dan aplikasi dalam talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Zabedah kerap datang ke PI kebiasaannya untuk mencetak iklan/promosi untuk setiap produk/perkhidmatan yang mereka tawarkan.Dengan bantuan khidmat asas ICT pembantu pusat internet, beliau bertambah mahir untuk membuat iklan promosi produk beliau. Selain itu, setelah mendapat tunjuk ajar cara menggunakan aplikasi “MyShop” beliau telah boleh menggunakannya tanpa bantuan petugas dan berterusan mengiklankan jualan beliau pada platform yang diberikan.