Nama

: Puan Zainoon

Umur

: 52 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Zainoon merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang sama-sama dengan suaminya mengusahakan perniagaan katering, menghasilkan sambal dendeng, sambal bilis garing dan juga yang paling terkini iaitu kuih bulan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau dan suami hanya menggunakan cara tradisional berniaga dan mengharapkan permintaan pelanggannya yang biasa menempah makanan daripada mereka. Kebanyakannya pelanggannya dahulu tidak akan berkekalan sepanjang masa dan hari demi hari perniagaan katering miliknya mula mendapat tamparan hebat daripada pesaing lain yang menawarkan servis yang sama dengan mereka.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Lendu Bakti, beliau kini mempunyai laman perniagaan Facebook sendiri. Selain itu, beliau juga mendapat khidmat rekaan logo dan pelekat produk secara percuma oleh petugas untuk produk kuih bulannya. Dengan menghasilkan laman facebook perniagaan ini banyak membantu beliau memasarkan kuih bulan yang unik ini.