Nama

: Encik Azwan Bin Rusni

Umur

: 26 tahun

Ahli

: 2019

Latar belakang

Izwan merupakan anak jati Pengkalan Balak yang juga merupakan bekas graduan daripada Insitut Pengajian Tinggi Swasta di Selangor. Beliau telah menghabiskan kursus Dimploma Kulinari dan kini bekerja di KLIA dengan sebuah syarikat Penerbangan Nasional

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya tahu menggunakan komputer untuk membuat powerpoint dan juga surat rasmi yang biasa sahaja. Beliau juga pernah membuat kek untuk rakan=rakannya sebagai menjana pendapatan harian. Tetapi beliau tidak pernah menyedari tentang kepentingan media sosial sebagai medium perdagangan yang berdaya tinggi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengetahui bahawa perniagaan atas talian boleh membantu dalam meningkatkan promosi hasil daripada nasihat yang telah didapati daripada petugas Pusat Internet, beliau cuba meletakkan iklan di dalam kelab perniagaan yang terdapat di dalam Facebook. Berkat usahanya, Izwan telah menerima tempahan sehingga tidak menang tangan dan berjaya menjadikan tempahan pada Aidilfitri kali ini sebagai satu tititk permulaan beliau dalam perniagaan atas talian