Nama

: Puan Salbiah

Umur

 46 tahun

Ahli

: 2018

Latar belakang

Puan Salbiah merupakan seorang pengunjung setia Pusat Internet yang rajin mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan di sini.Walaupun beliau mempunyai banyak pengalaman bekerja di pelbagai syarikat swasta sebelum ini, beliau masih juga merasakan dirnya perlukan sesi pembelajaran ICT dari Pusat Internet Khususnya. Kini beliau bergiat mengusahakan tanamannnya di halaman rumah yang membuahkan hasil dan berjaya dipasarkan di Pasar Masjid Tanah,

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya tahu menggunakan komputer untuk membuat powerpoint dan juga surat rasmi yang biasa sahaja. Beliau juga pernah berkunjung ke Pusat Internet untuk mencetak iklan rumah sewanya menggunakan keryas A4 sahaja dan tidak dilaminate. Pengetahuan komputer yang sangat asas ini tidak mampu meningkatkan daya saing beliau dalam perniagaan terutamanya apabila Malaysia sedang dilanda bala COVID-19.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengetahui bahawa perniagaan atas talian boleh membantu dalam meningkatkan promosi hasil daripada nasihat yang telah didapati daripada petugas Pusat Internet, beliau cuba meletakkan iklan di dalam kelab perniagaan yang terdapat di dalam Facebook. Berkat usahanya, Izwan telah menerima permintaan sehingga tidak menang tangan dan berjaya menjadikan pendapatannya pada Ramadhan 2020 sebagai pembuka kepadanya untuk giat berkecimpung dalam bidang perniagaan yang bergerak secara offlne dan online.