Nama

: Encik Fudhail

Umur

 33 tahun

Ahli

: 2018

Latar belakang

Encik Fudhail merupakan seorang graduan daripada sebuah kolej dan dia mempunyai jurusan dalam elektrikal.Beliau hanya menghabiskan masa menggunakan komputer di zaman kolej dan sudah lama tudak menggunakan komputer atas faktor kerja kerana beliau bergiat dalam perniagaan makanan di pasar malam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya tahu menggunakan komputer untuk menaip surat dan beliau ingin menghebahkan promosi perkhidmatan baharunya iaitu membaiki unit penghawa dingin dan perkhidmatan servis dari rumah ke rumah. Beliau pernah menunjungi Pusat Internet untuk mendapatkan khidmat upah menaip iklan. Pengetahuan Encik Fudhail sangat terhad tentang komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengetahui bahawa perniagaan atas talian boleh membantu dalam meningkatkan promosi hasil daripada nasihat yang telah didapati daripada petugas Pusat Internet, beliau cuba meletakkan iklan di dalam laman Facebook yang dikendalikannya sendiri. Selain itu beliau juga kini tahu bagaimana cara untuk menhasilkan posting yang menarik di Facebook dengan menggunakan aplikasi atas talian seperti Canva.com ataupun yang banyak boleh didapati di PlayStore di telefon mudah alihnya sendiri.