Nama

: Puan Aidayuslina

Umur

 38 tahun

Ahli

: 2019

Latar belakang

Puan Aidayuslina merupakan seorang usahawan kampung yang baru menetap di Melaka 6 tahun setelah merantau bekerja di negeri orang. Anak jati Alor Gajah ini mula mengorak langkah membuat kerja kampung dan menggunakan pengetahuan dan bakat yang ada untuk mencari duit demi menampung perbelanjaan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya tahu menggunakan komputer untuk menaip surat semasa berkhidmat di tempat kerjanya yang lama tetapi selain dari itu, beliau banyak ketinggalan dalam program asas dan cara melayari laman web khususnya menggunakan komputer. Sebelum ini beliau mereka desain pelekat untuk produk cili kisarnya dengan hanya menggunakan Microsoft PowerPoint  Kebanyakan kerja desain dan menaip surat dikendalikan oleh suaminya sendiri. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengetahui bahawa perniagaan atas talian boleh membantu dalam meningkatkan promosi hasil daripada nasihat yang telah didapati daripada petugas Pusat Internet, beliau cuba meletakkan iklan di dalam laman Facebook yang dikendalikannya sendiri. Selain itu beliau juga kini tahu bagaimana cara untuk menhasilkan posting yang menarik di Facebook dengan menggunakan aplikasi atas talian seperti Canva.com ataupun yang banyak boleh didapati di PlayStore di telefon mudah alihnya sendiri.