Nama

: Encik Zulkifli

Umur

: 58 tahun

Ahli

: 2019

Latar belakang

Encik Zulkifli telah bersara daripada bekerja di bidang perbankan sebelum tahun 2000 dan setelah itu beliau mencuba lapangan perniagaan secara kecil kecilan mewarisi perniagaan keluarganya sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya tahu menggunakan komputer untuk menaip surat semasa berkhidmat di tempat kerjanya yang lama tetapi selain dari itu, beliau banyak ketinggalan dalam program asas Encik Zulkifli sudah lama tidak terdedah kepada komputer semenjak dia behenti dari bekerja di bank. Beliau juga tidak pernah memasarkan di dalam Facebook produknya dan selama ini hanya menerima tempahan berdasarkan permintaan pelanggan dari mulut ke mulut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengetahui bahawa perniagaan atas talian boleh membantu dalam meningkatkan promosi hasil daripada nasihat yang telah didapati daripada petugas Pusat Internet, beliau membuka laman perniagaan facebooknya sendiri dan juga terpilih untuk dirakam kisah perniagaannya dalam bentuk video oleh petugas pusat internet. Video yang dicipta oleh petugas telah banyak memberikan semangat dan inspirasi baharu buatnya dan kini beliau lebih yakin menjalankan perniagaannya secara atas talian.