Nama

: Cik Nurul Syahirah

Umur

: 23 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Cik Nurul Syahirah merupakan seorang pelajar di salah sebuah Universiti di Melaka dan juga menjalankan perniagaan di rumah untuk memperolehi pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM150 sahaja sebulan dan pelanggan adalah daripada kalangan jiran-jiran, kawan-kawan atau saudara mara dan penduduk taman sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas Pusat Internet telah memberikan Cik Nurul Syahirah cadangan supaya membuka akaun  perniagaannya dan cuba menjual produk tersebut di Facebook. Beliau giat menjual pelbagai jenis wangian untuk kegunaan ruang dalaman rumah dan juga sesuai digunakan ke atas fabrik. Setelah menceburi bidang perniagaan online, Cik Nurul Syahirah mendapat banyak tempahan dari pelbagai tempat dan pendapatan mencecah RM500 lebih.