Peristiwa Nuzul al-Quran ini, mengajar umat Islam betapa kita perlu menghayati ajaran Al-Quran dengan sebenar-benarnya. Al-Quran bukan sekadar dibaca dan dihafaz sahaja, bahkan lebih penting adalah menginsafi maqasid atau tujuan ia diturunkan.

 

Di dalamnya penuh dengan pelbagai panduan dan falsafah kehidupan yang tinggi nilainya seperti beramanah, berdisiplin, bersatu padu yang perlu menjadi amalan kita seharian. Ini bertepatan dengan tujuan penurunan al-Quran itu sendiri iaitu

 

pertama, sebagai keterangan dan panduan kepada manusia.

Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl, ayat 44: ﴿

﴾ Maksudnya: "Dan Kami turunkan kepada mu (Wahai Muhammad) alQuran yang memberi peringatan supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya.

 

Yang kedua, sebagai hukum yang membawa kebenaran dan keadilan kepada manusia.

Firman-Nya dalam surah al-Nisa', ayat 105: ﴿

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami menurunkan kepada ئۈئۈ﴾ mu (Wahai Muhammad) kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum dalam kalangan manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepada mu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang yang khianat."

 

SUMBER : www.islam.gov.my