Permohonan Ke Tahun 1 Ambilan Tahun 2020 dan 2021 telah dibuka pada 1 Mac 2019 hingga 30 April 2019. Permohonan atas talian terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia ( Semenanjung Malaysia Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan ).

Bagi ibu bapa yang mempunya anak yang lahir pada tahun berikut :

1. 2013 dan kini berumur 6 tahun pada tahun 2019

2. 2014 dan kini berumur 5 tahun pada tahun 2019

3. Yang lahir pada 01.01.2015 ( berumur 4 tahun pada 01.01.2019 )

Ibu bapa boleh mendaftarkan anak anak ke Tahun Satu secara Online di link https://public.moe.gov.my

Langkah - langkah :

1. Buka laman sesawang https://public.moe.gov.my

2. Isi butiran lengkap. Login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan. Klik pada "Pendaftaran Tahun Satu" dan isi maklumat lengkap

3. Print. Perlu cetak borang yang telah siap diisi dan perlu dihantar ke pihak sekolah bersama - sama dokumen yang diperlukan.

 

 

 

Pusat Internet Taman Lendu mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina semoga Tahun Baru ini memberikan lebih keceriaan dan kegembiraan kepada semua.

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) telah bekerjasama untuk menganjurkan Pertandingan Video Pendek “Amalkan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan OKU Peringkat Kebangsaan 2018” bertemakan Jom Amalkan Cara Hidup Sihat!
 
 
Turut dilampirkan poster pertandingan untuk rujukan dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati seperti pautan berikut: Syarat Pertandingan Video Pendek OKU Peringkat Kebangsaan 2018

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! kepada semua Pemenang yang menyertai Kuiz Dashboard Komuniti sesi kedua yang berlangsung pada bulan Jul sehingga Sep lalu.

Berikut merupakan senarai pemenang yang bertuah :)

1 Ruhaidi bin Hussin Kg. Pulau Semut, Masjid Tanah
2 Maznah binti Ahmad Kg. Pulau Semut, Masjid Tanah
3 Fatimah Zaharah binti Hashim Kg. Pulau Semut, Masjid Tanah
4 Noor Kauthar binti Monir Kg. Pulau Semut, Masjid Tanah
5 Nurul Faiq bin Ramli Taman Lendu Bakti

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! kepada semua Pemenang yang menyertai Kuiz Dashboard Komuniti sesi pertama yang berlangsung pada bulan Mac sehingga Jun lalu. Berikut merupakan pemenang bagi negeri Melaka :

HADIAH UTAMA
1 Melaka Taman Lendu Bakti NELA A/P PERUMAL
2 Melaka Kg. Kuala Sungga SURAYA BINTI MOHD YUSOF
3 Melaka Kg. Pulau Semut, Masjid Tanah AHMAD ZULFAQAR BIN ABU BAKAR

HADIAH SAGUHATI
4 Melaka Kg. Pulau Semut, Masjid Tanah NOR FIRDAUS BINTI ABU BAKAR
5 Melaka Kg. Pulau Semut, Masjid Tanah MAZNAH BINTI AHMAD