Melaka merupakan negeri yang kaya dengan sejarah dan sebagai destinasi pelancongan daripada pelancong luar dan dalam negara. Jika sudah berada di Melaka, tidak sah jika tidak mencuba pelbagai makanan menarik yang menjadi tumpuan para pelancong dan juga penduduk tetap di Melaka seperti yang diketahui Melaka amat popular dengan masakan asam pedasnya. Terdapat beberapa tempat yang menyediakan makanan yang memenuhi citarasa dan terbaik yang perlu dikunjungi antaranya :

 

i. Asam Pedas Selera Kampung

Lokasi : G2, Jalan P.M.3 Plaza Mahkota Square, Bandar Hilir, Melaka

Melaka dan asam pedas tidak boleh dipisahkan. Menyebut Melaka, penggemar makanan akan terbayangkan asam pedasnya yang amat digemari bukan saja masyarakat setempat malah juga pengunjung dari luar. Lokasi restoran ini merupakan pilhan ramai kerana lokasinya mudah dicari dan menu-menu yang disediakan juga amat menarik salah satunya asam pedas yang meliputi pelbagai jenis ikan seperti ikan parang, pari, jenahak dan sebagainya. Dengan kuah yang pekat dan merah, rasanya amat sedap dimakan pula dengan nasi panas serta iringan ulam-ulaman segar. terdapat menu tambahan lain seperti gulai masak lemak cili api ketam, masak lemak cili api udang galah, masak lemak daging salai, kerabu mangga, ayam kampung goreng berempah dan ikan bakar yang amat sedap malah ada yang mengatakan menu-menu ini lebih sedap daripada asam pedas itu sendiri terutamanya sambal pencicah ikan bakarnya. Memang patut datang ke Restoran Asam Pedas Selera Kampung ini.

 

 

ii. Klebang Original Coconut Shake

Lokasi : 231-1, Batu 3 3/4, 75250 Klebang, Melaka (Tepi Jalan Pantai Klebang, bersebelahan Stesyen Minyak Caltex)

Rugi jika Melaka tetapi tidak singgah di Klebang Original Coconute Shake. Klebang Coconut Shake sangat popular dengan air coconut shakenya yang mana disertakan dengan aiskrim dan buah kelapa segar. Kebiasaannya, mereka yang datang ke sini akan minum air coconut shake ini bersama dengan Nasi Lemak yang disediakan.

 

iii. Cendol Jam Besar

Lokasi : Hadapan Muzium Belia Malaysia, Bandar Hilir, Melaka

Terletak di tengah-tengah Bandar Hillir dan di tebing Sungai Melaka, kita bukan saja boleh menikmati cendol, tetapi juga keindahan Sungai Melaka dan tiupan angin yang mendamaikan di tengah kepanasan Bandaraya Melaka. Cendol dengan jagung, kacang merah, pulut, aiskrim dan pelbagai lagi pilihan untuk dipilih. Santan yang lemak berkrim, gula Melaka asli yang wangi, ditambah pula cendol yang lembut, jagung yang rangup memang mudah sekali menangkap selera anda tambahan bagi mereka yang kehausan. Cendolnya juga tidak terlalu manis. Antara cendol yang kerap menjadi pilihan adalah cendol durian.

 

iv. Cucur Udang Alor Gajah

Lokasi : Gerai No 1, Medan Selera Pasar Menggong,  Alor Gajah, Melaka

Gerai no.1 di Medan Selera Menggong yang tertulis Perniagaan Cucur Udang Alor Gajahamat popular dengan menu cucur udangnya yang amat sedap. Ia menjadi buah mulut penduduk tempatan mahupun juga pengunjung dari dalam dan luar negara. Apa yang sebenarnya menjadikan cucur udang ini istimewa adalah gabungan komponennya yang pelbagai daripada cucur udang , fish cake, sosej, nugget, timun, tauhu dan pelbagai lagi sehinggalah kepada popia. Ada pelanggan yang memberikan kredit kepada fish cake yang amat sedap. Kuahnya juga amat sedap dan pekat serta ada terasa sedikit manis gula Melaka dan kepedasannya begitu serasi dengan cucur udang dan komponen yang lain.

 

 

LENDU

Tidak ketinggalan di Lendu ini juga terdapat makanan-makanan yang menarik dan sering menerima kunjungan daripada penduduk setempat antaranya :

i. Burger Pak Long

Lokasi : Simpang Tiga antara Masjid Tanah dan Pekan Lendu

Burger Pak Long ini menjadi tumpuan kunjungan terutama daripada pelajar-pelajar UiTM Lendu yang berhampiran. Menurut komen pelanggan,selalunya burger di tepi jalan rasanya lebih kurang sama namun tidak bagi burger Pak Long. Burger nya adalah sangat juicy dan tebal. Tambahan Pak Long tersebut sangat ramah dan mesra terhadap pelanggannya. Antara menu spesial yang menjadi pilihan adalah Burger Daging Special Cheese.

 

 

ii. Restoran D'Bukit

Lokasi : terletak di atas bukit di tepi jalan menuju ke Pengkalan

Kedai ini khas untuk minum petang sebab banyak kuih yang sedap sedap dan tentunya pencuci mereka yang popular di kalangan pelajar iaitu ais jagung.

 

iii. Nasi Kerabu Pasar Malam UITM

Lokasi : Kampus UITM Lendu, Alor Gajah

Yang menarik mengenai nasi kerabu ini adalah sebab rasanya seperti makan nasi kerabu yang berasal daripada Kelantan. Kalau dibandingkan dengan nasi kerabu Kelantan, nasi kerabu ini paling sedap. Nasinya pun tidak biru sangat. Harga pun berpatutan dengan rasanya iaitu RM3.50.

 

iv. Cendol

 Lokasi : Berada di jalan besar/jalan utama yang berdekatan dengan Masjid Besar Lendu

Cendol ini menjadi tarikan penduduk yang berhampiran kunjungi untuk minum petang. Antara menu yang disediakan adalah cendol pulut, cendol durian, makanan goreng dan lain-lain. Lokasi yang berada di bawah pokok besar menjadikan ia tarikan yang unik dan tersendiri.