Tarikh

13 Disember 2019

Lokasi

Pusat Internet Taman Lendu Bakti

Masa

11.00 pagi – 1.00 tengah hari

Peserta

12 Orang

 

Tujuan

Untuk mengisi masa lapang ibu bapa dan kanak-kanak dalam memperkenalkan mereka kepada penggunaan komputer dengan mengenali perkakasannya dahulu.

Aktiviti

Aktiviti ini telah diadakan bagi memenuhi waktu cuti sekolah 2019 dan peserta yang mengikuti kelas ini kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak yang masih di tadika dan  pra-sekolah. Mereka telah diberikan peluang untuk menekan papan kekunci dan juga tetikus.

 

 Galeri Foto - Kelas Komputer Cuti Sekolah 2019

Tujuan  Advokasi KDB bersama murid Tahun 6 SK Paya Rumput
Tarikh / Lokasi

1 Oktober 2019 (9:00 – 11:00 pagi)

SK Paya Rumput, Taman Seri Paya Rumput, Alor Gajah, Melaka

Peserta  Semua murid Tahun 6 SK Paya Rumput

 

Tujuan

 

Memberi pendedahan kepada murid tahun 6 tentang
penyalahgunaan internet yang boleh memberi kesan buruk kepada
diri, keluarga dan masyarakat.

Aktiviti

 

Mendidik pelajar untuk lebih berhati-hati pada masa kini kerana
penggunaan gajet dan media sosial yang sangat berleluasa dan
juga internet tanpa batasan boleh mendedahkan mereka kepada
ancaman yang berbahaya.

Pelajar mendengar taklimat yang disampaikan dan menonton video
yang ditayangkan

Soal jawab kuiz secara spontan, cabutan bertuah dan
penyampaian hadiah.

Tujuan Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan  
Tarikh / Lokasi

25 Ogos 2019 (8:30 am – 1:30 pm)

Pusat Internet Taman Lendu Bakti, Lendu, Alor Gajah, Melaka

 
Peserta 145 Orang  

 

Tujuan

Melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan di samping mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti kampung, Agensi, MPKK dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat, komuniti mesra ICT dan Teknologi dalam penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 

Aktiviti

  • - Senaman Aerobik / Zumba
  • - Pemeriksaan Kesihatan (BMI, Tekana Darah, Paras Gula)
  • - Pemeriksaan Mata / Saringan Penglihatan
  • - Pameran Keselamatan Jalan Raya
  • - Taklimat Keselamatan dan Demonstrasi CPR
  • - Taklimat KDB (Penyalahgunaan Gajet & Media Sosial)
  • - Pertandingan Menaip Artikel
  • - Pertandingan muat naik produk kesihatan (My Shop)
  • - Pertandingan Mewarna Poster Kempen Kesihatan
  • - Kuiz Kesihatan (Kahoot)
  • - Kuiz ICT (Kahoot)

- Kuiz KDB (Kahoot)

 

 

 

Tujuan Latihan Keusahawanan (Latihan Asas Media Baru) – Facebook, Instagram & Whatsapp
Tarikh / Lokasi

21 & 29 September 2019 (9:00 pagi – 1:00 petang)

Pusat Internet Taman Lendu Bakti, Lendu, Alor Gajah, Melaka

Peserta Usahawan AIM Lendu

 

 

Tujuan

Mengiklankan atau mempromosikan produk jualan masing-masing melalui media sosial.

 

Aktiviti

Peserta menggunakan komputer dan juga telefon pintar untuk membuka facebook, instagram dan juga whatsapp.

 

Tujuan Taklimat Penyalahgunaan Gajet & Media Sosial di kalangan Pelajar
Tarikh / Lokasi

11 Julai 2019 (12:30 t/hari – 2:30 petang)

Dewan Sek Men Arab (JAIM) Al-Asyraf, Pekan Pulau Sebang

Peserta Semua pelajar Tingkatan 1, 2 & 4

 

Tujuan

Memberi kesedaran kepada pelajar tentang penyalahgunaan gajet dan media sosial yang boleh membahayakan keselamatan diri sekiranya disalahguna ke arah yang negatif.

 

Aktiviti

Pelajar mendengar taklimat yang disampaikan dan menonton video yang ditayangkan

Soal jawab kuiz secara spontan dan penyampaian hadiah.