Aktiviti 1. Lawatan dan kunjungan dari pihak UiTM Lendu untuk persiapan Program Keusahawanan (Shopee & Perakaunan)
Tarikh | : 4 Oktober 2022 |
Masa | : 10:00 pagi |
Lokasi | : PEDi Taman Lendu Bakti |
Peserta | : Tenaga Penganjur daripada UiTM Lendu |
Tujuan
Bagi memastikan segala persiapan telah disediakan untuk Program Keusahawanan (Shopee & Perakaunan).
Aktiviti
Para petugas PEDi termasuk Rakan Digital bersama-sama pihak penganjur daripada UiTM Lendu menyiapkan segala kelengkapan yang akan digunakan untuk Program Keusahawanan (Shopee & Perakaunan).
Mereka juga bersama berbincang tentang kelancaran program yang bakal diadakan.
Galeri Foto Lawatan dan kunjungan dari pihak UiTM Lendu
Aktiviti 2. Sesi Taklimat Klik dengan Bijak bersama murid-murid tahap 2 (darjah 4, 5 & 6) di SJK (T) Durian Tunggal
Tarikh | : 6 Oktober 2022 |
Masa | : 9:00 pagi - 12:30 tengah hari |
Lokasi | : SJK (T) Durian Tunggal |
Peserta | : Murid-murid SJK (T) Durian Tunggal |
Tujuan
Memberikan pendedahan dan penerangan kepada murid-murid SJK (T) Durian Tunggal tentang kepentingan menggunakan Internet.
Aktiviti
Wakil-wakil PEDi di sekitar Melaka bersama berkongsi penerangan kepentingan menggunakan Internet dengan SJK (T) Durian Tunggal. Pihak SJK (T) Durian Tunggal juga memberikan kerjasama yang baik.
Aktiviti 3. Program kerjasama PEDi Taman Lendu Bakti & UiTM Lendu
Tarikh | : 8 Oktober 2022 |
Masa | : 9:00 pagi - 12:30 tengah hari |
Lokasi | : PEDi Taman Lendu Bakti |
Peserta | : Komuniti Setempat Taman Lendu Bakti |
Tujuan
Sebuah Program kerjasama bersama Money Laundering Research Group UiTM Lendu tentang Kelas Shopee & Perakaunan.
Aktiviti
Wakil-wakil PEDi sekitar Alor Gajah bersama Tenaga Pengajar UiTM Lendu menganjurkan program bersama komuniti Taman Lendu Bakti berkaitan peraukanan dan Kelas Shopee. Komuniti juga dibekalkan dengan Modul, Kalkulator dan beberapa cenderahati.
Galeri Foto Program kerjasama PEDi Taman Lendu Bakti & UiTM Lendu
Aktiviti 4. Taklimat Klik Dengan Bijak bersama Murid-murid Program Sinar Permata SK Lendu
Tarikh | : 15 Oktober 2022 |
Masa | : 9:00 pagi - 12:00 pagi |
Lokasi | : PEDi Taman Lendu Bakti |
Peserta | : Murid-murid Program Sinar Permata SK Lendu |
Tujuan
Memberikan kesedaran berkenaan cabaran di alam maya.
Aktiviti
Murid-murid Program Sinar Permata SK Lendu diberikan taklimat tentang bahaya dan cabran di alam maya. Semasa taklimat diadakan, beberapa soalan diajukan untuk melihat kefahaman murid-murid. Aktiviti Word Searching juga turut diadakan di mana mereka dibahagi kepada tiga kumpulan.
Galeri Foto Taklimat Klik Dengan Bijak bersama Murid-murid Program Sinar Permata SK Lendu
Aktiviti 1. Kelas e-Tuisyen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Tarikh | : 3 September 2022 |
Masa | : BM (9:30pg - 10:30pg), BI (10:45 - 11:45) |
Lokasi | : PEDi Taman Lendu Bakti |
Peserta | : 1 Peserta di PEDi, 2 Peserta di rumah masing-masing |
Tujuan
Memberikan peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pembelajaran tambahan secara atas talian.
Aktiviti
3 orang pelajar menyertai kelas E-Tuisyen ini dengan seorang iaitu adik Mohamad Hafiy Syahmi menghadiri kelas tersebut di PEDi dan dua orang lagi menjalani kelas di rumah masing-masing.
Galeri Foto Kelas e-Tuisyen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Aktivi 2. Kelas e-Tuisyen Sains, Matematik dan Mandarin
Tarikh | : 4 September 2022 |
Masa | : SN (9:30pg - 10:30pg), MT (10:45pg - 11:45pg), MD (3:30ptg - 4:30ptg) |
Lokasi | : PEDi Taman Lendu Bakti |
Peserta | : 3 Orang peserta |
Tujuan
Memberikan peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pembelajaran tambahan secara atas talian.
Aktiviti
Adik Mohamad Hafiy Syahmi & adik Fatin Maisarah murid Tahun 5 sedang mengikuti kelas e-Tuisyen Sains dan Matematik di PEDi Taman Lendu Bakti manakala adik Emeldia Natasya pelajar Ting.1 mengikut kelas Mandarin hari ni bersama PEDi E-Tuisyen.
Galeri Foto e-Tuisyen Sains, Matematik dan Madarin
Aktivi 3. Kuiz Kemerdekaan (Kahoot) dan Kelas Komputer bersama murid Tahun 5 Umar Al-Khattab Program Sinar Permata SK Lendu.
Tarikh | : 4 September 2022 |
Masa | : 10:00pg - 12:00pg |
Lokasi | : PEDi Taman Lendu Bakti |
Peserta | : 15 Orang |
Tujuan
Sebagai salah satu usaha menyemarakkan lagi Hari Kemerdekaan kepada pada pelajar.
Aktiviti
Para pelajar akan diajar untuk berdaftar terlebih dahulu dalam aplikasi Kahoot dan diberi sedikit penerangan. Soalan kuiz di Kahoot disediakan sendiri oleh petugas PEDi. Para pelajar diberikan hadiah untuk sesiapa yang mendapat markah ketiga tertinggi.
Aktivi 4. Program Keusahawanan Wanita - Kelas Asas Membuat Roti
Tarikh | : 10 September 2022 |
Masa | : 10:00pg - 12:30tgh |
Lokasi | : PEDi Taman Lendu Bakti |
Peserta | : 15 Orang |
Tujuan
Berkongsi pengalaman dan cara-cara membuat roti dengan betul kepada komuniti setempat.
Aktiviti
Komuniti setempat bersama tenaga pengajar memberikan kerjasama dalam pembelajaran membuat roti dengan betul. Alat kelengkapan membuat roti juga dibawa bersama dan digunakan. Para komuniti berjaya menyiapkan roti dengan baik sekali.
Galeri Foto Program Keusahawanan Wanita - Kelas Asas Membuat Roti
Aktivi 5. Sesi Taklimat Klik dengan Bijak bersama murid-murid tahap 2 di SK Belimbing Dalam
Tarikh | : 13 September 2022 |
Masa | : 8:00pg - 12.30tgh |
Lokasi | : SK Belimbing Dalam |
Peserta | : Wakil Pengajar dan Murid-murid SK Belimbing Dalam |
Tujuan
Memberikan pendedahan dan penerangan kepada murid-murid SK Belimbing Dalam tentang kepentingan menggunakan Internet.
Aktiviti
Wakil-wakil PEDi di sekitar Melaka bersama berkongsi penerangan kepentingan menggunakan Internet dengan SK Belimbing Dalam. Pihak SK Belimbing Dalam juga memberikan kerjasama yang baik.
Galeri Foto Sesi Taklimat Klik dengan Bijak bersama murid-murid tahap 2 di SK Belimbing Dalam
Aktivi 6. Sesi Taklimat Klik dengan Bijak bersama murid-murid tahap 2 (darjah 4, 5 & 6) di SJK (T) Alor Gajah oleh team PEDi Alor Gajah, Melaka.
Tarikh | : 21 September 2022 |
Masa | : 9:00pg |
Lokasi | : SJK (T) Alor Gajah |
Peserta | : murid-murid tahap 2 (darjah 4, 5 & 6) di SJK (T) Alor Gajah |
Tujuan
Memberikan pendedahan awal tentang kepentingan Internet dan keguanaannya.
Aktiviti
Wakil-wakil PEDi di sekitar Alor Gajah mengadakan kerjasama bersama pihak SJK (T) Alor Gajah untuk memberikan pendedahan awal kepada murid-murid tentang kepentingan Internet. Risalah kertas juga diedarkan bagi memberikan penjelasan lanjut kepada murid-murid tentang isi program. Beberapa sesi soal jawab juga tururt diadakan.
Aktivi 7. Penyampaian Hadiah Kuiz Kahoot Merdeka kepada adik-adik Tahun 5 Program Sinar Permata SK Lendu dan Kelas pembelajaran Komputer
Tarikh | : 25 September 2022 |
Masa | : 10:00pg - 12:00pg |
Lokasi | : PEDi Taman Lendu Bakti |
Peserta | : Murid-murid SK Lendu |
Tujuan
Memberikan pendedahan awal berkenaan penggunaan komputer serta galakkan terhadap minat menggunakan komputer.
Aktiviti
Murid-murid SK Lendu dipilih sendiri oleh pihak sekolah untuk mengikuti Program ini. Mereka terlebih dahulu diberi pendedahan asas penggunaan komputer. Kerjasama serta pencapaian murid-murid dalam Kuiz Kahoot Kemerdekaan bulan lepas diberi penghargaan berupa hadiah kepada para pemenang.
Aktiviti 1. Pendaftaran Vaksin Covid-19 melalui Aplikasi My Sejahtera
Tarikh |
25 Mei 2021 |
Lokasi |
Pusat Internet Komuniti Taman Lendu Bakti |
Masa |
3.00 ptg-4.00 ptg |
Peserta |
1 Orang |
Tujuan
Memberikan penekanan tentang kepentingan mendaftarkan diri untuk program vaksinasi dan kelebihan mendapatkan vaksin dalam usaha mencegah jangkitan pandemik Covid-19
Aktiviti
Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Internet sebagai satu usaha SKMM memperkembangkan hebahan kepada masyarakat tentang bantuan pendaftaran vaksinasi yang dikelolakan oleh Pusat Internet dan juga mempercepatkan kadar vaksinasi negara.
-Tiada galeri foto untuk aktiviti ini-
Aktiviti 1. Program Celik ICT bersama murid-murid Program Sinar Permata SK Lendu mengikuti kelas pembelajaran komputer di PEDi Taman Lendu Bakti.
Tarikh | : 21 Ogos 2022 |
Masa | : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Lendu Bakti |
Lokasi | : 10:00pg - 12:00pg |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai kepentingan mempunyai E-mail dan cara menggunakannya.
Aktiviti
Aktiviti ini diadakan secara bersemuka bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Lendu Bakti. Seramai 10 orang pelajar dipilih oleh pihak Sekolah Kebangsaan Lendu untuk menyertai program ini. Pelajar tersebut diberikan pendedahan awal menggunakan E-mail.
Galeri Foto Program Celik ICT bersama murid-murid Program Sinar Permata SK Lendu
Aktiviti 2. Kelas Google Site oleh Cikgu Kamarul dari PPD Alor Gajah bersama Pengurus PEDi daerah Alor Gajah bertempat di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia-PEDi Taman Kelemak Jaya.
Tarikh | : 19 Ogos 2022 |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia-PEDi Taman Kelemak Jaya |
Masa | : 10:00pg - 6:00ptg |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Pengenalan mengenai penggunaan Google Site.
Aktiviti
Cikgu Kamarul dari PPD Alor Gajah bersama Pengurus PEDi daerah Alor Gajah mengajar cara-cara menggunakan Google Site sebagai bahan pembelajaran untuk diajarkan kepada guru-guru sekolah.
Tarikh | : 15 Ogos 2022 |
Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Lendu Bakti |
Masa | : 10:00pg - 6:00ptg |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Mempelajari cara menggunakan Google Classroom
Aktiviti
Perkongsian daripada Encik Kamarul & Puan Faizah dari PPD Alor Gajah/Masjid Tanah tentang cara menggunakan Google Classroom.
Galeri Foto Kelas Google Classroom @ DELIMa
Aktiviti 4. Program Celik ICT bersama murid-murid Program Sinar Permata SK Lendu Kumpulan 2
Tarikh | : 28 Ogos 2022 |
Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Lendu Bakti |
Masa | : 10:00pg - 12:00pg |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Mempelajari asas menggunakan komputer.
Aktiviti
Aktiviti ini diadakan secara bersemuka bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Lendu Bakti. Seramai 10 orang pelajar dipilih oleh pihak Sekolah Kebangsaan Lendu untuk menyertai program ini. Pelajar tersebut belajar untuk menaip dan mereka juga menyertai kuiz Kahoot sempena bulan kemerdekaan.
Galeri Foto Program Celik ICT bersama murid-murid Program Sinar Permata SK Lendu Kumpulan 2
Aktiviti 1. Sesi Rakaman Video Usahawan - Bina Aziz Baja Agrofoliar
Tarikh |
7 April 2021 |
Lokasi |
Pusat Internet Komuniti Taman Lendu Bakti (Google Meet) |
Masa |
9.00 pg-12.00 tghari |
Peserta |
1 Orang |
Tujuan
Memberikan bantuan promosi video untuk usahawan dan juga sebagai satu perkongsian di dalam laman facebook Pusat Internet tentang kisah kejayaan usahawan tempatan.
Aktiviti
Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Internet dan rakaman diadakan pada sebelah pagi. Rakaman adalah berbentuk wawancara dengan usahawan dan perkongsian menarik kelebihan baja yang dijual oleh usahawan dan cara menggunakannya.