Aktiviti 1. Sesi Taklimat Ringkas Pertandingan Mobile Legends (Google Meet)

Tarikh

27 Mac 2021

Lokasi

Bilik Latihan, Pusat Internet Komuniti Taman Lendu Bakti (Google Meet)

Masa

11.00 pg-12.00 tghari

Peserta    

12 Orang

Tujuan

Memberikan penjelasan kepada para peserta Pertandingan Mobile Legends Peringkat Negeri Melaka tentang apa itu E-Sukan dan kepentingannya sebagai trend baharu masyarakat masa kini menjana pendapatan dan menjadi atlet e-sukan.

Aktiviti

Aktiviti ini telah diadakan atas talian menggunakan perisian Google Meet dan juga diselitkan advokasi hak Kebebasan Bersuara dan apakah kaitannya dengan Pertandingan E-Sukan tersebut.

 

Galeri Foto Sesi Taklimat Ringkas Pertandingan Mobile Legends 2021

Aktiviti 1. Seminar Gempur SPM (Kelas Online)

Tarikh

6, 7 dan 20 Februari 2021

Lokasi

Bilik Latihan, Pusat Internet Komuniti Taman Lendu Bakti

Masa

(9.30 pg-12.30 tghari) Atau (2.30-5.30petang) 

Peserta    

1-2 Orang

Tujuan

Memberikan ulangkaji dan latih tubi persediaan bagi pelajar yang hendak menduduki peperiksaan SPM 2020 dengan jayanya.

Aktiviti

Aktiviti ini telah diadakan atas talian menggunakan perisian ZOOM Meeting di PC, pelajar yang berminat untuk mendaftar perlu membayar yuran dari RM8-RM10 seorang bergantung kepada subjek. Kelas ini disediakan dengan nota yang di emelkan kepada Pusat Internet dan dikongsikan kepada pelajar menggunakan pen drive ataupun email kepada emel mereka. Guru jemputan merupakan guru yang dilantik oleh pihak HQ dan kelas berlangsung selama 3 jam berterusan tanpa rehat. 

 

Galeri Foto Seminar Gempur SPM 2020

Aktiviti 1. Kelas Komputer Kanak-Kanak sempena Cuti Sekolah 2020

Tarikh

14 hingga 18 Disember 2020

Lokasi

Pusat Internet Komuniti Taman Lendu Bakti

Masa

10.00 pagi – 11.00 pagi (Sesi Pagi)                            3.00 petang - 5.00 petang (Sesi Petang)

Peserta    

11 Orang

Tujuan

Untuk memberi pendedahan kepada anak-anak murid yang masih di bangku sekolah rendah khususnya mengenali perkakasan komputer dan juga aplikasi Microsoft Office (Words) dan lain-lain.

Aktiviti

Aktiviti ini telah diadakan dengan kanak-kanak yang berminat dan juga hasil kerjasama ibu bapa komuniti Taman Lendu Bakti yang ingin anak-anak mereka meluangkan masa cuti sekolah dengan lebih berfaedah. Program ini diadakan sebanyak 2 sesi pagi dan petang kerana peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan bagi mematuhi SOP PKPP dan berlaku pada setiap hari Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan DIsember. Ibu bapa juga diberikan pencerahan tentang aktiviti dan servis lain yang disediakan di Pusat Internet serta kelebihan menjadi ahli. (Sila klik pautan di bawah untuk melihat galeri foto sepanjang latihan diadakan)

 

Galeri Foto - Kelas Komputer Kanak-Kanak sempena Cuti Sekolah 2020

 

Aktiviti 2. Kelas Online & Prog. Jana Pendapatan Bersama Usahawanita Tupperware©

Tarikh

24 Disember 2020

Lokasi

Pusat Internet Komuniti Taman Lendu Bakti

Masa

10.00 pagi – 1.00 petang

Peserta

5 Orang

Tujuan

Untuk memberi pendedahan kepada usahawanita mengemaskini jualan dan profil akaun dengan menggunakan komputer sambil mempromosikan barangan untuk jualan dan peluang perniagaan.

Aktiviti

Aktiviti ini telah diadakan dengan beberapa ahli Tupperware yang ingin berkongsi idea dalam strategi perniagaan, cara pengiklanan berkesan menggunakan laman sosial media dan juga menyelenggarakan akaun jualan individu dengan lebih jelas menggunakan komputer. (Sila klik pautan di bawah untuk melihat galeri foto sepanjang latihan diadakan)

 

Galeri Foto - Kelas Online & Proogram Jana Pendapatan bersama Usahawanita Tupperware

Aktiviti 1. Tutorial Menggunakan Perisian Bandicam di PC

Tarikh

23 Januari 2021

Lokasi

Pusat Internet Komuniti Taman Lendu Bakti

Masa

(3.00-5.00 petang)

Peserta    

2 Orang

Tujuan

Kini rata-rata golongan guru dan juga pelajar sedang cuba menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran online. Guru perlu mengetahui cara untuk merakam video yang disunting menarik buat tontonan pelajar belajar online di rumah.

Aktiviti

Aktiviti ini telah diadakan dengan peserta yang juga merupakan seorang pendidik yang ingin belajar teknik merakam video dan pada masa yang sama muka guru juga terpapar di skrin supaya pelajar lebih berminat dan pemebelajaran yang lebih intuitif.

 

Galeri Foto Tutorial Menggunakan Bandicam

 

Aktiviti 2. Tutorial Memuatturun Aplikasi Meet dan Zoom bersama Usahawanita AGCera©

Tarikh

19 Januari 2021

Lokasi

Pusat Internet Komuniti Taman Lendu Bakti

Masa

(10.00 pagi-12.00 tengah hari)

Peserta    

3 Orang

Tujuan

Usahawanita AGCera mendapati tentang kepentingan melancarkan mesyuarat secara atas talian yang dapat menjimatkan banyak masa ahli selain dapat mengekalkan jarak sosial yang selamat tanpa berkumpul beramai ramai.

Aktiviti

Aktiviti ini telah dilakukan secara santai dan berbentuk latih tubi sehingga dapat memberi panduan kepada usahawanita AGCera yang rata-ratanya terdiri dalam kategori warga emas memuat turun aplikasi ZOOM dan Meet di dalam telefon pintar masing-masing

 

Galeri Foto Tutorial Memuatturun Aplikasi Meet dan Zoom bersama Usahawanita AGCera

Tarikh

29 November 2020

Lokasi

Pusat Internet Taman Lendu Bakti

Masa

9.00 pagi – 12.00 petang

Peserta

1 Orang

Tujuan

Untuk memberi penerangan tentang cara pengendali makanan yang betul dan merupakan satu komponen penting dalam perniagaan makanan yang perlu ada pada setiap peniaga.

Aktiviti

Aktiviti ini telah diadakan dengan menggunakan Zoom Meeting dengan NB Food Specialist Sdn Bhd. Peserta diberikan sijil dihantarkan secara pos, bayaran yuran dilengkapkan melalui pembayaran online banking sahaja. (Sila klik pautan di bawah untuk melihat galeri foto sepanjang latihan diadakan)

 

Galeri Foto - Kursus Pengendali Makanan November 2020