Tajuk

Lawatan sambil belajar kanak-kanak 4 & 5 tahun Tadika JAIM Lendu ke PI1M Taman Lendu Bakti

Tarikh & Lokasi

12 September 2017 (9:00 – 11:00 pagi)

Pusat Internet 1 Malaysia Taman Lendu Bakti, Lendu

Peserta

30 orang

 

Tujuan :

Peserta menggunakan kemudahan komputer di PI1M untuk aktiviti e-pembelajaran iaitu menyambung titik-titik turutan huruf dan nombor dengan menggunakan mouse dan mengenal huruf pada keyboard melalui laman web www.abcya.com serta mewarna online di laman web www.kidopo.com.

Aktiviti :

Peserta dapat belajar cara-cara menggunakan mouse dengan menggerakkan dan klik pada tempat yang betul dan menggunakan keyboard semasa aktiviti e-pembelajaran.

Gambar Disini

 

 

Tajuk

Program Hari Dashboard Komuniti 2017

Tarikh & Lokasi

17 September 2017 (9:00 pagi – 2:00 ptg)

Pusat Internet 1 Malaysia Taman Lendu Bakti

Peserta

Komuniti tempatan yang terdiri daripada kanak-kanak, dewasa dan warga emas.

 

Tujuan :

Menggalakkan penggunaan Aplikasi Dashboard Komuniti yang mana memberi banyak manfaat kepada komuniti khususnya, di samping berpeluang memenangi hadiah yang lumayan sekiranya aktif menggunakan aplikasi ini dan menyertai pertandingan yang dianjurkan.

Aktiviti :

  1. Promosi Keahlian (Pendaftaran Ahli Baru)
  2. Muat turun Aplikasi Dashboard Komuniti
  3. Membuat hebahan di dalam My Komuniti dan Menjawab Soalan Kuiz
  4. Pemeriksaan Tekanan Darah & Berat Badan (My Health)
  5. Mobile E-waste
  6. Taklimat Advokasi (“tidak pasti, jangan kongsi” & Check your label)

Gambar Disini

 

Tajuk

Latihan Asas eRezeki bersama Pelajar Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM)

Tarikh & Lokasi

7 Ogos 2017 (9:00 am – 1:00 pm)

8 Ogos 2017 (2:00 – 6:00 pm)

9 Ogos 2017 (9:00 am – 1:00 pm)

10 Ogos 2017 (12:00 – 4:00 pm)

11 Ogos 2017 (2:00 – 6:00 pm)

Makmal Komputer 1 & 3, Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), Ayer Pa’abas, Alor Gajah, Melaka.

Peserta

42 orang

 

Tujuan :

Peserta dapat mengambil peluang untuk menjana pendapatan sampingan melalui eRezeki walaupun masih belajar kerana ianya boleh dilakukan bila-bila masa sekiranya ada masa terluang tanpa menganggu aktiviti pembelajaran.

Aktiviti :

- Pengenalan kepada Program eRezeki
- Pendaftaran ke laman web erezeki.my dan jenis-jenis kerja eRezeki
- Menjawab training-survey online
 
 

Tajuk

Latihan Asas eRezeki bersama Penolong Pengurus PI1M

Tarikh & Lokasi

11 Ogos 2017

Pusat Internet 1 Malaysia Taman Lendu Bakti

Peserta

5 orang

 

Tujuan :

Peserta dapat mengambil peluang untuk menjana pendapatan sampingan melalui eRezeki walaupun sedang bertugas di pi1m kerana ianya boleh dilakukan bila-bila masa sekiranya ada masa terluang tanpa menganggu tugas hakiki pi1m.

Aktiviti :

- Pengenalan kepada Program eRezeki
- Pendaftaran ke laman web erezeki.my dan jenis-jenis kerja eRezeki
- Menjawab training-survey online
 
 

Tajuk

Latihan Asas eRezeki bersama Komuniti Tempatan (walk-in)

Tarikh & Lokasi

17 hingga 21 Ogos 2017

Pusat Internet 1 Malaysia Taman Lendu Bakti

Peserta

5 orang

 

Tujuan :

Peserta dapat mengambil peluang untuk menjana pendapatan sampingan melalui eRezeki dengan hanya duduk di rumah sekiranya suri rumah dan menggunakan masa terluang bagi yang bekerja dengan hanya menggunakan komputer atau telefon pintar sahaja.

Aktiviti :

- Pengenalan kepada Program eRezeki
- Pendaftaran ke laman web erezeki.my dan jenis-jenis kerja eRezeki
- Menjawab training-survey online
 
 

Tajuk

Bengkel Microsoft Office Excel 2010 bersama Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Taklimat dan Promosi Pertandingan Dashboard Komuniti (Muat turun Apps) kepada Pelajar KUIM

Tarikh & Lokasi

25 Ogos 2017

Pusat Internet 1 Malaysia Taman Lendu Bakti

Peserta

11 orang

 
Tujuan :
 
Peserta diberi latihan secara teori dan praktikal:

-       Memasukkan data ke dalam excel (jadual perbelanjaan)

-       Membuat kira-kira dan menghasilkan carta pai/carta bar

Aktiviti :

- Mempelajari cara-cara untuk membuat laporan kewangan (akaun) menggunakan formula
- Menggalakkan pelajar untuk menggunakan Aplikasi Dashboard Komuniti sama ada melalui komputer ataupun telefon pintar di samping menyertai pertandingan yang dianjurkan.

 Gambar Disini

 

Tajuk

Latihan Asas eRezeki Bersama Komuniti & Pelajar SMK Munshi

Tarikh & Lokasi

16 Julai 2017

Pusat Internet 1 Malaysia Taman Lendu Bakti

Peserta

24 orang

Tujuan :

Memberi manfaat kepada golongan pesara, wanita atau suri rumah dengan menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan digital untuk menjana pendapatan melalui peluang-peluang pekerjaan online.

Aktiviti :

- Pengenalan kepada Program eRezeki
- Pendaftaran ke laman web erezeki.my dan jenis-jenis kerja eRezeki
- Menjawab training-survey online
 
 

Tajuk

Hari Dashboard Komuniti dan Literasi ICT Julai 2017

Tarikh & Lokasi

23 Julai 2017

Pusat Internet 1 Malaysia Taman Lendu Bakti

Peserta

60 orang

 
Tujuan :
 
Menggalakkan lebih ramai komuniti untuk menggunakan Aplikasi Dashboard Komuniti sama ada melalui komputer ataupun telefon pintar. Pengunjung dapat mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan yang disediakan oleh PI1M melalui Aplikasi Dashboard Komuniti di samping menyertai aktiviti yang diadakan untuk memenangi cenderahati dan hadiah yang menarik.
 
Aktiviti :
 
1. Muat turun Aplikasi Dashboard melalui telefon pintar
2. Pemeriksaan tekanan darah menggunakan peralatan i-health
3. Taklimat & bengkel My Shop (memuat naik produk)
4. Taklimat Advokasi (Online Grooming)
5. Skrip ke Skrin (bengkel asas penghasilan video)
6. E-waste (kitar semula telefon bimbit terpakai)
7. Check your Label (memastikan kesahihah label MCMC pada telefon pintar