Nama

: Puan Zainoon

Umur

: 52 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Zainoon merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang sama-sama dengan suaminya mengusahakan perniagaan katering, menghasilkan sambal dendeng, sambal bilis garing dan juga yang paling terkini iaitu kuih bulan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau dan suami hanya menggunakan cara tradisional berniaga dan mengharapkan permintaan pelanggannya yang biasa menempah makanan daripada mereka. Kebanyakannya pelanggannya dahulu tidak akan berkekalan sepanjang masa dan hari demi hari perniagaan katering miliknya mula mendapat tamparan hebat daripada pesaing lain yang menawarkan servis yang sama dengan mereka.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Lendu Bakti, beliau kini mempunyai laman perniagaan Facebook sendiri. Selain itu, beliau juga mendapat khidmat rekaan logo dan pelekat produk secara percuma oleh petugas untuk produk kuih bulannya. Dengan menghasilkan laman facebook perniagaan ini banyak membantu beliau memasarkan kuih bulan yang unik ini.

CELIK IT - TARANI A/P SUBRAMANIAM

Nama       

Tarani A/P Subramaniam Umur 13 Tahun
Email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. No. Telefon 011-23430692  
Alamat

PT 66, Rumah Awam Sri Lendu,        

78000 Alor Gajah, Melaka

Tahun Menjadi    

Ahli PI

2018

 

Latar Belakang

Tarani merupakan seorang pelajar tingkatan 1 yang mendaftar sebagai ahli pusat internet dan selalu datang mencari maklumat melalui internet untuk tugasan sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai banyak tugasan sekolah yang memerlukan penggunaan komputer terutama penggunaan Microsoft Word tetapi tidak begitu mahir.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Lendu Bakti, beliau kini telah dapat menguasai penggunaan Microsoft Word dengan sepenuhnya dan dapat menyiapkan tugasan sekolah dengan mudah.

 

USAHAWAN 1 - MASNITA SYUHADA BINTI ABDUL HAMID

Nama Masnita Syuhada Binti Abdul Hamid Umur 37 Tahun
Email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. No. telefon 016-7892015  
Alamat

LD 490, Jalan Lendu Bakti 3,

Taman Lendu Bakti, 78000 Alor Gajah,       

Melaka.

Tahun Menjadi

Ahli PI

 2018

 

Latar belakang

Puan Masnita Syuhada merupakan seorang suri rumah yang menjadi ejen produk kecantikan Beadoll Beauty sejak 3 bulan yang lalu. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 sahaja sebulan dan pelanggan adalah daripada kalangan jiran-jiran, kawan-kawan atau saudara mara terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Lendu Bakti, beliau kini telah berjaya mempromosikan produk beliau melalui media sosial seperti facebook dan juga whatsapp. Oleh itu beliau telah mempunyai pelanggan dari seluruh daerah Alor Gajah dan pendapatan kini mencecah RM1000 sebulan.

 

USAHAWAN 2 - NUR FATIN AZIZAH BINTI ALWI

Nama Nur Fatin Azizah Binti Alwi Umur 29 Tahun
Email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. No. telefon 017-2697910
Alamat  

LD 433, Jalan Bakti 2,

Taman Lendu Bakti, 78000 Alor Gajah,       

Melaka

Tahun Menjadi

Ahli PI

 2018

 

Latar belakang

Cik Nur Fatin Azizah merupakan seorang pekerja swasta di salah sebuah syarikat dan juga menjalankan perniagaan di rumah bersama ibunya untuk memperolehi pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 sahaja sebulan dan pelanggan adalah daripada kalangan jiran-jiran, kawan-kawan atau saudara mara dan penduduk taman sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Lendu Bakti, beliau kini telah memiliki laman facebook yang dikenali sebagai BONDAz Vendor Online yang dapat mempromosikan produk beliau dengan lebih luas lagi. Beliau telah mempunyai pelanggan dari seluruh negeri dan pendapatan beliau kini mencecah RM2000 sebulan

Nama

: Puan Suhana

Umur

: 46 tahun

Ahli

: 2018

Latar belakang

Menjual rempah perapan ayam goreng 'Mamu Style' dan mengambil tempahan pelbagai lauk dan pulut kuning.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Suhana hanya tahu menjual barangan makanan dan produk yang diciptanya secara offline.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas beberapa kali dengan Pusat Internet, Puan Suhana lebih berminat menggunakan Internet sebagai medium utama beliau memasarkan produknya melalui facebook dan laman sosial media yang lain. Beliau juga pernah mengikuti kelas animasi dan mengaplikasikan design kartun dalam produknya.

CELIK IT - NELA A/P PERUMAL

Nama

Bavani A/P Sivaraman

Umur

18 tahun

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. Telefon

014-7366433

Alamat

LD 272, Jalan 8 ,Taman Lendu Bakti, 78000 Alor Gajah, Melaka

Tahun menjadi Ahli PI

2015

 

Latar belakang

Bavani merupakan seorang pelajar lepasan SPM. Beliau kini belum ada pekerjaan yang tetap dan masih menunggu panggilan untuk menyambung pelajarannya. Untuk mengisi masa lapang beliau, beliau  penuhi masanya dengan mempelajari kemahiran penggunaan Microsoft Office sebagai persediaan untuk belajar dan bekerja nanti. Oleh itu beliau datang ke PI Taman Lendu Bakti untuk belajar dan menguasai penggunaan Microsoft Office.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya mempunyai pengetahuan asas dalam menggunakan perisian Microsoft Office.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Lendu Bakti, beliau kini telah dapat menguasai penggunaan Microsoft Office (Word, Excel & Powerpoint) dengan sepenuhnya dan lebih bersedia untuk menempuh alam universiti dan pekerjaan nanti yang sememangnya memerlukan kemahiran komputer untuk menyiapkan sebarang tugasan.

 

USAHAWAN 1 - NURUL FAIQ BIN RAMLI

Nama

Nurul Faiq bin Ramli

Umur

29 tahun

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. Telefon

012-3272410

Alamat

No.30, Rumah Awam Lendu, 78000 Alor Gajah, Melaka

Tahun menjadi Ahli PI

2013

 

Membuka franchise jualan takoyaki yang bernama Chef Tako serta menerima tempahan untuk majlis keraian.

 

Latar belakang

Faiq merupakan bapa kepada dua orang anak mempunyai hobi dalam bidang perniagaan. Minatnya yang mendalam dalam perniagaan tidak menghalang beliau berjinak-jinak dalam dunia bisnes walaupun beliau sibuk dalam karier tetap beliau sebagai seorang anggota polis. Perniagaan yang beliau jalankan ini merupakan pendapatan sambilan dan sampingan beliau ketika cuti atau terdapat masa senggang sambil dibantu oleh isterinya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya menjalankan perniagaan secara jualan langsung dan menunggu pelanggan datang ke kedai sahaja. Ini menyebabkan perniagaan beliau kurang mendapat sambutan dan permintaan daripada orang lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Lendu Bakti, beliau telah dapat mencipta akaun peribadi dan page sosial Facebook untuk memasarkan lagi produknya ke kawasan luar dan secara langsung dapat meningkatkan jualan produknya.Selain itu, dengan mempelajari kemudahan aplikasi socmed seperti Whatsapp,Facebook Group, beliau dengan mudah mewar-warkan perniagaan beliau dan membuat perkhidmatan penghantaran pesanan yang dikenali ‘Cash On Delivery – COD’ sekitar kawasan kediaman beliau dan Masjid Tanah.

 

 

USAHAWAN 2 - NORIZAN BINTI UDIN

Nama

Norizan binti Udin

Umur

38 tahun

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. Telefon

019-6704621

Alamat

Batu 18 1/2, Kampung Lendu Dalam ,78000 Alor Gajah, Melaka

Tahun menjadi Ahli PI

2017

 

Membuka gerai jualan satay ayam, daging di Pekan Alor Gajah dan menerima tempahan di majlis kenduri dan keraian.

 

Latar belakang

Kisah kejayaan seterusnya adalah seorang surirumah yang bernama Norizan yang menjalankan perniagaan beliau di Pekan Alor Gajah. Produk beliau adalah satay. Beliau membuka gerai satay beliau di sebuah kedai makan berhadapan Majlis Perbandaran Alor Gajah. Sebelum ini beliau cuma menerima tempahan satay secara kecil-kecilan sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau tidak dapat mempromosikan jualan dan perkhidmatan beliau secara meluas kerana kurangnya ilmu keusahawanan yang melibatkan penggunaan komputer dan aplikasi dalam talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Norizan kerap datang ke PI1M kebiasaannya untuk mencetak iklan/promosi untuk setiap produk/perkhidmatan yang mereka tawarkan. Dengan bantuan khidmat asas ICT pembantu pusat internet, beliau bertambah mahir untuk membuat iklan promosi produk beliau. Selain itu, setelah mendapat tunjuk ajar cara menggunakan aplikasi “MyShop” beliau telah boleh menggunakannya tanpa bantuan petugas dan berterusan mengiklankan jualan beliau pada platform yang diberikan.